Suatu hari, ibarat pesta makan durian di pejabat.
Musim durian???
Mungkin la kot.. Tiba-tiba ajer dah berlambak orang jual durian di sepanjang jalan.. Maklumlah, aku nie tak ada dusun durian, jadi tak perasan lah akan kedatangan musimnya.
Suatu hari, tiba-tiba saja, member office datang dengan bungkusan beg plastik. Di dalamnya ada dua tupperware penuh berisi durian..
Mak aiii… Isinya chantekk sekali… Membuatkan air liur bercucuran jatuh ke lantai… Asalnya takut gak nak sentuh durian tu,disebabkan diabetes yang aku hidapi.
Tapi… Disebabkan aku nie memang penggemar durian, maka semua perasaan takut itu aku tolak ke tepi. Belasahhhh!!!
Pagi-pagi lagi dah “melantak” durian. Mula amik satu ulas saja… Cukuplah sekadar merasa, bisik hati aku.. Tapi, jauh di sudut hati kecil aku pulak ibarat menggalakkan pula..
“Belasahhhh, jangan tak belasahhh.!!! Bukan selalu dapat menikmati isi durian sebegini chantekkkk…, lain kali tak tau bila lagi boleh merasa camni!!! Jangan risau, ubat kan adaaa…”
Begitulah yang terjadi, dah tak toleh kiri kanan, aku dengan perasaan yang selamba tanpa sedikit pun rasa bersalah, mencapai satu demi satu ulas durian yang sememangnya mengancam itu.
Sedar tak sedar, dalam keadaan yang begitu asyik melayan isi durian tu, rupa-rupanya dah banyak jugak yang aku dah bedal… Asyikkkk bangat !!!! Mana boleh tahannnn …. Memang chantekkk !!! Kalau korang pun, agak-agaknya boleh tahan ke tengok isi durian cam yang kat bawah niee???
Haa… boleh tahan ker ??? Aku tahu.. korang pun tak tahan, kan ??? Apa lagi… lepas baca dan tengok gambar dari entry aku kali nie, cepat-cepat la gi cari sebijik dua….
Layan..jangan tak layan !!!
Tapi, kan… satu benda yang tak berapa syoknya, habis satu pejabat berbau durian… Customer yang datang asyik, dok bertanya dan tercari-cari, mana pulak datangnya bau durian nie… Tambahan pulak dalam bilik ber”air-cond”.. bayangklan ajer laaa..
Tak cukup dengan itu, petangnya, member tadi ternampak pulak orang jual durian kat luar pejabat. Tak semena-mena dia keluar dan masuk kemudiannya dengan membawa sebijik durian.
“Durian lagikkkk…”, kataku… “Durian Musang King nieee… murah pulak tuuu… RM5.00 sebijik, aku sambaq jer laa…nak merasaaaa !!!”, jawab member aku tadi. Yang lain kat ofice pun tumbang merasa la jugakkkk … Termasukla aku..
Kalau betullah ini Musang King, memang syokkkk, cakap luuu !!! Isi tebal, cukup lemak…. lain dari yang pernah aku rasa… nie first time merasa Musang King !!!
Pastu, second boss pulak tanya, nak lagi ker… semua diam jer.. tak perasan pulak, dia keluar gi beli sebijik lagi…. Isi, chantekk, cuma kurang sikit dari yang mula tadi… durian kampung jer.. tapi.. tetap licin gak dibelasah oleh seisi pejabat..
Wahhhh !!! Dah macam pesta makan durian la pulak kat pejabat aku pada hari tuuu… Naik pening la jugak kepala aku sebab melantak durian banyak sangat !!!
Ingatkan habis di situ saja kisah makan durian dalam pejabat nie… rupanya, keesokan harinya berlangsung lagi… Seorang dari pegawai di pejabat tu, tak dapat merasa pada hari semalamnya, maka di berinya RM50.00 suruh member aku cari lagi.. dia nak bawa balik dua bijik ajer.. yang lain … kenduriii !!!!
Maka, dua hari berturut-turut la, pesta makan durian kat office aku…
Tapi, dalam banyak-banyak tu, akhirnya ada jugak 3 ulas yang tak elokkk… berulat !! Macammana pun, keseluruhannya tetap berbaloi !!!
Ok lah… korang layan lah gambar-gambar nie yer… Kalau dah cukup terliur, bolehlah gi cari….
Layaannnn !!!
banyaknya durian..
Rezeki jangan ditolak…. Orang belanja..
menyelerakan betul gambar durian diatas tu bro.. petang kelmarin makan durian lagi dengan kawan-kawan, balik rumah terus jadi ular sawa kekenyangan. seluruh badan jadi panas.
Hahahaaaa.. Kena duduk dalam peti ais la bro… Bagi sejuk sikit badan tuuu… Memang syok bila tiba musim durian… Maklumla… Raja segala buah
Betul-betul pesta durian ni. Mesti bau durian susah nak ilang lepas tu
Memang macam pesta.. Mujur baunya tak kekal lama dalam office… Kalau takkk????
Musangking memang the best 🙂 Sedap maa…
Sehingga menjilat jari…. Ermmmm…
Yelah tu….jgn lupa mkn ubatnya…pelbagai penyakit sedang menunggu…jilat udah kulum pun udah…ubatnya jgn lupa bang….
Hehee… Ubat jangan dilupa….
hmmm musim deroyan sana sini, untunglah dapat makan durian byk…saya pun hatu durian 😉
Dah rezeki… Tetiba jer member bawak ke pejabat.. Blasah jer laaa