Bagaimanakah kita menerima musibbah dalam kehidupan????

image

Kebakaran..

image

Kemalangan..

Musibbah???
Bencana???
Kemalangan

Pernah tak kita dilanda musibbah, bencana atau kemalangan???

Bagaimanakah reaksi kita terhadap segala jenis musibbah, bencana atau kemalangan yang mendatang???

Biasanya, kita akan menyumpah seranah bila sesuatu musibbah terkena kepada kita… Ada saja perkataan yang tidak baik keluar dari mulut kita..

Cela$&#”!!!!

Hampeh!!!

Gamp&#(%!!!

Bab@$

Sia¥£?

Semuanya menghambur keluar dari mulut kita. Berebut-rebut sehingga kita pulak yang tak sempat nak bernafas. Punyalah kita marah dan tak suka bila menghadapi musibbah.

Tapi… Pernahkah kita terfikir bahawa disebalik musibbah yang menimpa, sedikit sebanyak mungkin berpunca dari kita juga???

Pernahkah kita berfikir, bahawa mungkin musibbah yang menimpa itu adalah sebenarnya ujian dari Yang Maha Esa untuk kita???

Atau, pernahkah kita terfikir, bahawa musibbah yang menimpa mungkin peringatan atas segala kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan selama ini???

Atau, mungkin juga pembalasan atas perbuatan mungkar yang telah kita lakukan selama ini, samada dalam keadaan sedar atau pun tidak.

Jika difikir dalam-dalam, selidik sejujurnya, mungkin benar, ada sebahagian dari kejadian-kejadian yang menimpa kita, adalah berpunca dari diri kita sendiri.

Jadi, marilah kita mula bersyukur dengan segala apa yang ditimpakan kepada kita, kerana mungkin ianya sebagai peringatan daripada Allah s.w.t supaya kita kembali membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Sedar atau tidak sedar…

Hadapilah segala dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. dengan perkataan-perkataan yang lebih baik.. umpamanya ungkapan-ungkapan yang memujiNya.

Tempuhilah sebarang musibbah, bencana atau kemalangan dengan lebih tenang dan berdoalah agar segala musibbah yang sedang menimpa dapat dilalui dengan tabah dan dapat di atasi dengan kadar yang segera..

Sesungguhnya, kepadaNya lah tempat kita memohon perlindungan dan pertolongan.

Seterusnya, renungilah dan kajilah punca-punca terjadinya sesuatu musibbah itu. Apakah, kita yang menjadi puncanya??? Andai benar, bagaimanakah pula kita dapat menghindarinya dari berulang kembali…

Moga-moga, dengan mengambil masa untuk meneliti semua aspek yang membawa kepada kejadian yang tidak diingini itu dapat menjadikan kita, manusia yang lebih baik dan matang di masa akan datang.

Insya-Allah !!!

3 comments

  1. donnyien

    hello bro bujang3, selamat pagi..
    terima kasih diatas peringatan diatas. kadang-kadang kita tidak perasan disebalik kejadian buruk yang menimpa ada hikmah disebaliknya.

    sebaliknya kita bukan pula bersyukur dan berterima kasih tetapi mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. yang paling sedih kita menyumpah Tuhan kita.

    semoga artikel awak dapat memberikan kesedaran dalam diri dan dapat direnungkan bersama.

    • bujang3

      besar harapan aku semoga apa yang aku cuba sampaikan ini dapat memberikan kesedaran dan manfaat pada pembaca semua. juga semoga berterusan menjadi peringatan pada diri aku dan sekelian pembaca..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s