Bila Ego Menguasai Diri !!!

image

Lebih baik jadi orang yang tunduk dan merendah diri daripada menjadi orang yang ego, bongkak, angkuh dan takabur !!!

Assalammu’alaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca dan pengunjung Blog @ Bujang3!!!

 Aikk !!! Macam serius jer entry kali nie !!!

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, tidak kiralah andainya kita nie berniaga, bekerja makan gaji, bekerja sendiri tetapi bukan dalam bidang perniagaan atau apa saja jenis pekerjaan yang sedang dilakukan dan diusahakan, apa yang penting adalah bagaimana cara membawa diri dalam pergaulan samada dengan rakan sekerja, teman perniagaan atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.

Ada sesetengah manusia yang cepat merasa bahawa dirinya adalah yang terbaik dalam sesuatu bidang yang dilakukan. Bukanlah bermaksud merasa  diri antara yang terbaik itu salah, malah ianya kadangkala bagus sebagai tanda keyakinan diri yang tinggi. Namun, perlu lah dikawal perasaan bangga diri itu @ ego supaya tidak berlebihan dan menimbulkan rasa kurang senang orang di sekeliling kita tidak kiralah samada di alam nyata atau pun di alam maya.

Janganlah pula, kita memandang orang lain dengan sebelah mata, sambil menganggap bahawa tiada orang lain yang setanding atau lebih baik daripada kita. Sesungguhnya, di saat kita merasakan diri adalah yang terbaik, maka ada lagi insan yang lebih baik  daripada kita… Merendah diri jugalah yang sebaiknya…

Kadang-kadang, kita nie, sebagai manusia cepat lupa diri. Bila sesuatu yang kita lakukan atau usahakan itu membuahkan kejayaan, kita selalu memandang remeh kepada orang lain yang sesetengahnya baru bermula dan mencuba apa yang telah berjaya kita lakukan dan usahakan selama ini.

Sebaiknya, berilah peluang dan tunjuk ajar, agar mereka juga boleh berjaya seperti kita…Alangkah baiknya, sekiranya berkat tunjuk ajar kita, maka kita akhirnya di keliilingi dengan orang-orang yang berjaya. Perlu juga diingat, kita juga mungkin boleh menambah baik ilmu yang ada supaya boleh lebih memperkemaskan diri ke tahap yang lebih baik melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman daripada mereka.

Bagi mereka yang tebal sifat ego pula, cenderung untuk mengasingkan diri daripada golongan yang dirasakan kurang berjaya sebaliknya terlalu asyik dengan kumpulan mereka sendiri yang dirasakan terlalu hebat. Mereka-mereka ini sebenarnya ada di mana-mana, mahupun di alam nyata juga di alam maya.

Apa yang penting, kita sendiri merenung dalam diri dan bertanyakan apakah kita sebenarnya tergolong dalam golongan orang-orang yang ego itu?? Apakah kita, orang yang merasakan diri terlalu hebat maka tidak boleh bercampur dan bergaul dengan insan lain di sekeliling kita???

Tepuk dada, selami jiwa!!!

Andai kita telah menuju ke arah itu, maka sedarlah dan cepat-cepatlah kembali menjadi insan berhemah dan merendah diri. Tidak akan hilang harga diri kita, bila mula merendah diri, malah mungkin kita akan lebih disukai dan dihormati. Insya-Allah !!!

Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang ego dan takabur !!!!

Apa yang aku kongsikan di sini adalah untuk peringatan kepada diri aku sendiri dan juga semua yang lain dengan harapan kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang ego, bongkak, angkuh dan takabur !!!!

AMIN !!!

10 comments

  1. Naziman

    Setuju bro, terima kasih atas peringatan ni bro. Memang susah nak kikis perasaan ego dalam diri ni. Tapi banyakkan istighfar, bila diri terasa nak ego, dengan istighfar, in shaa allah, kita akan ingat kita tinggi tapi ada lagi tinggi. kita rendah ada lagi rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s