RON95 bakal naik ke paras RM2.75???

image

Ada cerita yang aku dengar.

Ada berita yang aku terima.

Ada desas-desus yang melanda.

RON95 bakal naik lagi..

Naik sehingga ke paras RM2.75.

Terus.. Sekali gus… Bukannya sedikit demi sedikit..

Benarkah???

Ceritanya, sedang menjadi salah satu topik hangat yang dibahaskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mana datangnya cerita ini, aku pun tak pasti. Angin tak der, ribut tak der, tiba-tiba ajer isu ni timbul.

Benarkah bagai apa yang diceriterakan tu??? Andai benar, maka sakitlah lagi rakyat negara kita yang semakin tenat ketika ini. Moga dijauhkan ler hendaknya.

Andai terjadilah jugak, maka lagi banyak la kita berjalan nampaknya.

Aku jalankan edisi siasat aku sendiri.. Rupa-rupanya, ianya adalah isu tentang penyeludupan minyak. Memang benar ada menyebut soal harga petrol RM2.75 tu, tapi untuk mengatakan harganya akan naik tu, tak pasti la pulak.

Kenyataan dari Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim yang menjawab soalan dari Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) dalam isu yang penyeludupan minyak, mengatakan bahawa disebabkan harga petrol di Malaysia murah berbanding negara jiran maka ia merupakan satu faktor kes penyeludupan didapati berleluasa.

Seperti yang dinyatakan oleh beliau, di negara jiran iaitu Thailand, harga petrol adalah RM4.85 dan diesel RM3.85.

Beliau juga mengatakan bahawa sekiranya subsidi minyak dihapuskan dengan RON 95 dijual dengan harga RM2.75 sen seliter manakala diesel RM2.75, ia masih murah berbanding negara jiran.

Jadi, untuk pengesahan dan berita yang lebih terperinci berkenaan isu tersebut, boleh klik link dari  MyMetro dengan tajuk berita Perbezaan harga diesel, petrol ketara faktor seludup.

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s