Oh Malaysiaku!!’

image

Agak-agaknya, hidup kita kat Malaysia ni, aman ker tidak???

Ada ker agaknya sesiapa yang melancarkan bom roket ke arah negara kita???

Ada ker tak, bangunan yang ranap kena bom??

Ada ker tidak, anak-anak, isteri-isteri dan kaum perempuan kita yang terbunuh dek peluru senjata dan meriam???

Bayangkan GAZA! !!

Bayangkan PALESTINE!!!

Kita nampak apa yang terjadi sekarang nie…

Kita nampak kematian demi kematian yang menyayat hati menimpa rakyat Palestine.

Kita simpati..

Hati kita terguris, terluka, marah dan geram dengan apa yang sedang menimpa mereka.

Kita sanggup menyalurkan bantuan.. Selagi termampu untuk membantu meringankan beban mangsa kekejaman Israel laknat.

Memang kita rakyat yang pemurah dengan bantuan. Memang kita cepat tersentuh bila ada yang teraniaya seperti yang dialami oleh rakyat Palestine yang malang itu.

Alhamdulillah!!! Kita sanggup melupakan ideologi politik dalam usaha membantu insan-insan malang di sana…

Kita sanggup bersama dalam membantah kekejaman rejim zionis terhadap GAZA.

Namun, rasanya kita tidak pernah ambik iktibar daripada kejadian-kejadian yang sering melanda nun di sudut sana dunia..

Yang hairannya, kita kurang pulak bersimpati pada rakyat negara sendiri. Kita masih berpecah-belah walaupun negara kita aman, sedangkan rakyat Palestine yang dalam keadaan huru-hara mampu bersatu.

Apakah bila keadaan kita menjadi seperti Palestine dan GAZA, baru terfikir dek kepala hotak kita untuk bersatu membina negara yang ramai mengaku cinta?

Apakah, bila negara dibom, diroket baru terdetik dihati kita untuk bergabung tenaga dan minda untuk membangunkan dan mempertahankan negara??

Tidak bolehkah agaknya, di masa aman ini, kita berganding bahu, berpakat baik-baik dalam menerajui pentadbiran negara supaya rakyat keseluruhannya sama-sama menikmati kekayaan dan keamanan negara kita??

Tidak bolehkah kita saling lengkap melengkapi, bantu membantu dalam mentadbir kekayaan negara agar dapat mengharungi kehidupan yang semakin payah ketika ini???

Oh!!! Malaysiaku!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s