Sony Xperia Miro & Xperia Tipo

Mulanya adik lelaki aku yang pertama menggunakan smartphone jenama Sony Xperia. Dia memilih Xperia Go.

Sebelum tu, aku memang dok usyha Xperia Go nie, cuma disebabkan aku memang dah pakai android phone Samsung Gio, maka, tak la pulak terpikir nak sambaq satu.

Alih-alih, Samsung Gio yang baru setahun lebih sikit tu rosak. Touch screen dia rosak.

Alang-alang dah usyha Xperia Go, pejam mata, aku pun sambaq la jugak sebijik. Puasla hati aku…

Sepanjang menggunakan Sony Xperia Go, aku berpuas hati dan selesa dengan apa yang ditawarkan.

Tak lama selepas menggunakan Xperia Go, adik perempuan aku dan suaminya pula pakai Sony Xperia. Sony Xperia Miro dan Sony Xperia Neo L.

Dah ramai pulak ahlil keluarga yang pakai smartphone model Sony Xperia nie… Bini aku pulak dah terpikat ngan Xperia Miro…

Mulanya, aku ingat nak bagi Xperia Tipo jer kat bini aku..

image

image

Fikir punya fikir, akhirnya sambaq la jugak satu Xperia Miro untuk bini aku… Senyum lebar lah dia, walaupun sebenarnya masih tak berapa pandai nak guna.

image

image

Tak kesahlah… Janji bini aku happy, udahlah…

Sekarang nie masih dalam proses mengajar bini aku macam mana nak menggunakan phone tu…

Walaupun masih terkedek-kedek, namun dah ada sedikit improvement. At least, sekarang nie bini aku pun dah boleh mengikuti perkembangan teknologi terbaru yang berada di pasaran.

Satu ciri unik Sony Xperia Miro nie adalah “unique illumination alert”, yang mana menyalakan lampu pelbagai warna mengikut “theme” yang di pilih. Dalam keadaan “back-light off”, sekiranya terdapat aktiviti terbaru dari facebook maka, nyalaan berwarna biru bagi memberitahu kita tentangnya.

Begitu juga, kiranya memainkan lagu melalui aplikasi walkman. Nyalaan yang terhasil mengikut set dari “theme” yang dipilih. Memang lain dari yang lain.

Unik!!!

Dengan internal memory sebanyak 4 GB dan RAM 512 MB, rasanya cukup lah untuk ruangan menyimpan segala data termasuk lagu dan video clip. Cuma kualiti kamera tu aku rasa kurang sikit berbanding dengan Xperia Go walaupun keduanya adalah 5 MP kerana Xperia Go mempunyai kelebihan iaitu Bravia engine image enhancer. Apa pun, masih boleh diterima kualiti gambarnya .

Mempunyai pemproses 800 MHz Cortex-A5 Qualcomm MSM7225A, aku kira sudah cukuplah untuk penggunaan bini aku yang sekadar ber”facebook” dan baru-baru ini what’s app dan viber ajer.

Apa pun.. Miro masih dalam kategori OK !

6 comments

  1. adiel

    saya bercadang untuk beli phone tersebut tapi ramai orang mengatakan bahawa phone ini akan menghadapi masalah data dan ia lambat betul ker?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s