Awas bila letak kereta di Mydin Mall, Meru, Ipoh..!!!!

Awas!!!

Berhati-hati bila meletakkan kereta di pasaraya Mydin Meru, Ipoh..

image

Kalau boleh, elakkan dari meletak kereta di bahagian dalam. Letak ajer di bahagian luar… Biar berpanas sedikit, biar berhujan sedikit, tidak mengapa..

Satu kejadian berlaku kepada kawan aku.

Disebabkan hari hujan, maka tanpa syak wasangka, kawan aku tadi telah meletakkan kereta di bahagian dalam pasaraya Mydin yang terbesar di Malaysia, Mydin Meru, Ipoh.

Sampai di Mydin Meru, Ipoh, dalam jam 1:00 tengahari. Meletakkan kereta di bahagian dalam Mydin Mall. Tanpa ragu-ragu, meneruskan misi untuk membeli-belah plus window shopping sekali. Lama jugak la dia berada di dalam Maydin Mall tu…

Sekitar jam 3:00 @ 4:00 petang, kembali menuju ke tempat letak kereta. Terkejut kerana mendapati dua dari empat tayarnya telah ditoreh dengan objek tajam. Pancit terus… Lembik.. Tiada angin langsung…

Tayar spare ada satu jer, akhirnya call kawan dia untuk pinjam tayar spare bagi menggantikan tayar yang satu lagi. Rupanya, bukan kereta dia ajer yang kena khianat. Sebaris dengan kereta kawan aku tadi, 4 lagi kereta menerima nasib malang yang sama. Kesemua 5 kereta termasuk kereta kawan aku tu ditoreh tayarnya.

Satu daripadanya adalah kereta baru. PERSONA.. Lebih malang lagi, kereta baru itu ditoreh di keliling body kereta. Habis calar satu body… meninggalkan kesan calar yang dalam..

Setelah selesai menukar tayar, semua mangsa pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Wakil dari pihak Mydin jugak dipanggil sebagai saksi… Namun dimaklumkan oleh wakil Mydin tadi, bahawa di bahagian tempat letak kereta memang tiada CCTV. Malang…

Siapalah yang dajal buat benda-benda macam nie.. Hampeh punya orang… Sengaja menyusahkan orang.. Yang peliknya, apalah yang ada dalam otak si pelaku tu.. Mungkin ada wayar yang short kot.. Giler punya orang..

Tak pasal-pasal kawan aku tu, terpaksa cari duit untuk menukar tayar yang telah ditoreh tadi. Memang dah tak boleh pakai dah. Dah terbelah…. Tengah-tengah bulan pulak tu… Kena la korek mana yang patut..

Jadi, kepada sesiapa yang sering berkunjung ke Mydin Mall, Meru, Ipoh, AWAS bila meletakkan kenderaan anda…

Beringat sebelum kena…

4 comments

  1. Encik Anif

    Biar betul? Semacam ada usaha untuk mensabotaj perniagaan jer ni.

    Apa pun, pihak Mydin kena ambil tindakan proaktif dengan memasang CCTV dikawasan tersebut agar kejadian sama tidak berulang!

    • bujang3

      Tu la pasal..risau gak nak gi Mydin, tapi, benda-benda cam nie, kira nasib gak.. Cuma, kena hati-hati ler… Biar park kat tempat orang lalu lalang, mungkin selamat sikit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s