Cuti penggal persekolahan sudah bermula…

Horreyy! !!!

Mungkin itulah laungan dari para pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara..

Cuti penggal persekolahan telah bermula sekali lagi. Cuti persekolahan diakhir tahun memang selalu ditunggu-tunggu oleh para pelajar semua. Maklumlah cuti hujung tahun, biasanya hampir dua bulan lamanya. Berehat dan bermain sakanlah diorang.

Layan tv ..  Tengok kartun, sekarang nie dah ada ASTRO, kartun tak pernah berhenti. Pastu keluar bermain… Itu ajer la yang bakal jadi rutin diorang selama musim cuti nie.

image

Bermula ajer cuti sekolah, maka bermula jugaklah musim makan free. Sana sini ada saja undangan ke majlis kenduri kahwin. Makan, jangan tak makan, sambil tu, hulur-hulurlah yer. Bukan apa, sekurang-kurangnya membantu tuan rumah meringankan beban belanja kenduri perkahwinan yang dilangsungkan tu. Maklum ajerla, harga barangan dah melambung, maka belanja pun makin tinggi… Jangan sampai ada yang terpaksa mengelat untuk melarikan diri dari majlis perkahwinan sebab tak cukup kira-kira, udah laaa…

Lain dari musim kahwin, masa nilah klinik bakal sibuk melayan permintaan ibubapa untuk mengkhatankan anak masing-masing. Yerr.. Musim cuti ni jugak merupakan musim bebudak dikhatankan. Memasuki alam remaja…

Jangan digemparkan bebudak yang bakal dikhatankan tu nanti… Kesian kat depa.. Kang ada pulak yang tak tidur malam selagi majlis khatan tu belum berakhir.. Lagi teruk kalau ada yang lari pulak, pasal termakan dengan usikan nakal orang tua-tua..

Tapi, yang paling merunsingkan ibubapa, masa-masa cuti ni sekolah ni, anak-anak asyik bergaduh ajer. Kalau sehari tak bergaduh tak sah… Bukanlah pula sebelum cuti sekolah diorang tak bergaduh, tapi masa mereka berada di rumah tu lebih la sikit menyebabkan aksi gaduh tadi lebih memeningkan..

Jadi kepada ibubapa yang ada cuti lebih dan terutamanya duit lebih, adalah digalakkan membawa anak-anak bercuti untuk mengelakkan mereka boring dan terus dengan aktiviti yang membuatkan kita sendiri pening kepala.. Heheeee!!!

Apa pun, cuti sekolah memang masa yang menyeronokkan bagi para pelajar. Oleh itu Blog @ Bujang3 ingin mengucapkan …

SELAMAT BERCUTI !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s