AES : Pengguna jalanraya enggan beri laluan kepada ambulan…

Pengguna jalanraya  enggan beri laluan kepada Ambulan kerana bimbang gambar diambil oleh kamera AES ???

Benar! !! Inilah keadaan sebenar seperti yang dilaporkan oleh akhbar TheStar bertarikh 8 Nov 2012, bahagian StarMetro/Perak, mukasurat 3.

imageimage

image

Sana sini, heboh diperkatakan tentang keberkesanan AES. Adakah AES benar-benar membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan yang dikatakan tinggi?

ATAU sekadar membantu pihak yang terlibat untuk mengaut keuntungan yang dianggarkan berjumlah jutaan ringgit?

Kenapa beria-ia benar nak melaksanakannya tanpa mendapatkan pandangan dari orang ramai terlebih dahulu???

Kalaulah benar, AES mampu mengurangkan risiko kemalangan, mungkin elok jugalah pemasangan dan penguatkuasaan AES dilakukan.

TAPI, andai keuntungan yang diutamakan seperti yang hebat diperkatakan, jelas akan terdapat unsur penindasan akan berlaku.

Secara peribadi, aku tidak bersetuju AES dilaksanakan, kerana dari sok-sek, sok-sek yang aku terima di persekitaran, banyak kelemahan dalam perlaksanaan. Dan seharusnya kelemahan ini perlu diperbaiki dalam menjamin agar tiada penindasan dan penganiayaan akan berlaku terhadap rakyat keseluruhannya.

Ada juga betul dan logiknya kemusykilan yang ditimbulkan.

Sebagai contoh, seperti yang dilaporkan dalam The Star itu, pengguna jalanraya enggan memberi laluan kepada ambulan ketika lampu isyarat berwarna merah.

Bayangkan, kiranya pengguna tadi meneruskan perjalanan melanggar lampu merah semata-mata memberi laluan kepada ambulan yang dalam kecemasan tadi, gambar diambil oleh AES, maka siapakah yang akan membayar saman yang bakal dikenakan. ATAU, mampukah AES tadi mengenal pasti situasi kecemasan tadi???

Bukankah dengan itu, pengguna jalanraya atau rakyat khasnya menjadi mangsa keadaan dan teraniaya???

Begitu juga, bila kenderaan dihadapan yang bertindak memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba hanya kerana lampu isyarat sudah bertukar kuning. Bukankah ianya juga bakal mengundang kemalangan disebalik niat dan tujuan asal perlaksanaan AES untuk mengurangkan kadar kemalangan????

Apa pun, terpulanglah kepada pendapat masing-masing, cuma diharapkan, sebelum sesuatu keputusan dibuat, pandangan rakyat akan diambil kira sebagai rujukan, kerana jelas sekali ianya membabitkan rakyat secara terus.

Teringat aku akan satu kisah.

Ada sebuah syarikat membekal, serbuk perasa makanan yang terjejas jualannya. Akibat berterusan merosotnya jualan, maka suatu hari lembaga pengarah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berkenaan hal tersebut.. Masing-masing mencari jalan untuk meningkatkan kadar jualan agar syarikat tidak terus kerugian. Puaslah masing-masing memerah otak. Maklumlah, semuanya cerdik pandai yang memikirkan jalan penyelesaian.

Berbagai idea yang diketengahkan dan diperbincangkan, namun semuanya tidak dapat persetujuan sebulat suara. Entah macam-mana, tukang sapu masuk ke bilik mesyuarat untuk mengemas tanpa menyedari bahawa mesyuarat  penting sedang berlangsung, lalu terdengar masalah yang sedang hangat diperbincangkan itu.

Dengan selamba, tukang sapu itu tadi mencelah… “Apa yang susah sangat…. besarkan ajer lubangnya… habis cerita !!!!“, sambil menutup pintu untuk keluar setelah menyedari masih ada orang dalam bilik mesyuarat itu…

Setelah berfikir sejenak, akhirnya semua yang mendengar kata-kata tukang sapu tadi bersetuju untuk mencuba. Dan akhirnya, berkat dari mendengar dan menerima pendapat dari orang lain, tidak kiralah cuma dari tukang sapu, maka jualan syarikat bertambah kerana dengan membesarkan lubang pada botol serbuk perasa itu tadi, maka cepatlah pula habisnya. Dengan sebab itu, pelanggan mula membeli dua kali ganda dari sebelumnya…

Begitulah sedikit kisah, yang mana setiap pandangan ( terutamanya daripada rakyat) haruslah diberikan perhatian sebelum melakukan sesuatu, terutama yang melibatkan rakyat jelata seluruhnya.

Berbalik kepada AES tadi… Diharapkan kajian terperinci dijalankan sebelum ianya dikuatkuasakan supaya tiada yang teraniaya dan tertindas hanya kerana kepentingan sesetengah pihak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s