Kerna Terpaksa. …

Kerna terpaksa
Aku melangkah pergi
Kerna terpaksa
Ku turut kata hati

Gementar tubuhku
Dengan keputusan ini
Biarpun pedih
Ku teruskan jua….

Sebahagian dari lirik lagu KERNA TERPAKSA nyanyian Francisca Peter.

Bagaimana pun kisah disebalik lirik itu, mungkin berbeza dengan situasi yang baru terjadi kepada sepasang kekasih yang begitu hampir melangkahkan kaki ke jinjang pelamin.

Namun, dek kerana terpaksa, majlis terpaksa pula ditukarkan ke majlis bacaan doa selamat..

Semuanya kerana terpaksa….!!!!

image

Namun, aku percaya, semua yang terjadi adalah semata-mata kerana keadaan yang memaksa.. Bukan niat bakal pengantin lelaki untuk menipu mahupun melarikan diri…

image

Perancangan yang sudah diatur jadi celaru… Waktunya semakin hampir. Duit yang dihimpun masih tidak mencukupi. Nak ditangguh, dah tak sempat..

Orang ramai sudah habis dijemput. Sahabat handai, jiran-jiran, saudara-mara, adik beradik. Nak mengadu nasib, malu pulak nak menghadap bakal mentua..

Akhirnya….

Kerna terpaksa, tindakan maha drastik diambil… Tak pernah terpikir dek orang, tak pernah dibuat dek orang…

Sms dikirim, cerita direka. “Abang dirompak masa keluarkan duit hantaran dan belanja perkahwinan kita… Banyak jugak… RM18,000”

Mungkin begitulah adanya… Hanya mereka yang terlibat mengetahui…

Apa pun… Semua ini adalah kerana keadaan ekonomi yang tak stabil. Gaji masih ditakuk lama (terutama bagi pekerja swasta). Harga barang keperluan, bahan api malahan semuanya dah melambung tinggi di awan…

Maka, niat asalnya ingin sehidup dan semati, tidak kesampaian juga akhirnya…

Alahai!!!

Kerna Terpaksa!!!

6 comments

    • bujang3

      Wahhhh.., lama sungguh tak jumpa ngan sangilapi nie… Apa khabor….???
      Membujang pun ada baik buruknya… Ada susah senangnya… Lainlah kalau bujang3, heheheeee!!!!

        • bujang3

          ooo..yer ker… terima kasihlah sebab masih mengikuti….
          aku ada gak gi ker rezekimurah.. tapi dah tak leh masuk…
          apa pun, harap ko gembira dengan apa yang ko buat sekarang nie…
          be happy…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s