Semuanya kerana Sumptuous Erotica yang hangat! !!!

Trafik ke blog aku tiba-tiba bertambah hanya kerana gambar dan video dari Sumptuous Erotica.

18 Okt 2012 yang lalu, aku terbaca tentang kisah pelajar NUS di Singapura yang telah mengemparkan  dunia internet. Ini kerana seorang pelajar perempuan yang berasal dari Malaysia dan juga seorang pelajar lelaki dari Singapura yang juga merupakan sepasang kekasih telah bertindak membuka blog yang memaparkan gambar dan video saat-saat intim mereka buat tontonan ramai.

Setelah mengetahui kisah mereka, satu entri berkenaan Sumptuous Erotica (nama blog tersebut) telah aku post dalam blog aku. Tak semena-mena, “Blog @ Bujang3” telah menerima pertambahan kunjungan yang tak disangka-sangka hanya kerana ingin melihat gambar-gambar dan video saat intim pelajar yang terlibat.

Telah menjadi trend dunia internet, sesuatu yang berkaitan dengan gambar-gambar “terlarang” begitu juga dengan video-video ” terlarang”, akan cepat menjadi perhatian dan akan menjadi tajuk utama dalam senarai carian.

Tak terlepas, blog aku juga merasa tempiasnya, hasil dari perhatian yang diberikan dalam pencarian gambar-gambar dan video-video yang berkaitan. Pengunjung yang datang juga bukan hanya datang dari Malaysia dan Singapura, malah dari serata dunia.

Lihatlah juga ‘search terms’ yang digunakan untuk carian yang akhirnya menjurus kepada blog aku yang dulunya sepi ini….

image

Dan akhirnya judul post aku yang mendapat pengunjung yang tinggi, tak lain dan tak bukan, Sumptuous Erotica yang hangat !!!.

image

Begitu juga antara topik yang terhangat di pasaranVivian Lee dan NUS student posting nude.

image

Akhirnya setelah aku amati memang tidak menjadi suatu yang perlu dihairankan dengan perkembangan di blog aku nie, kerana sudah menjadi sifat manusia suka mencari sesuatu yang sensasi…

Dan yang sensasi buat masa ini adalah Sumptuous Erotica….

5 comments

  1. Pingback: Sumptuous Erotica yang hangat! !! | Blog @ Bujang3

Leave a comment