Soya : Antara Khabar Angin Dan Fakta Sebenar !!!

Soya !!! Atau nama saintifiknya Glycine max !!!

Pernah minum air soya ??? Rasanya, memang ramai yang gemar minum air soya, kan ??? Tahu tak apa-apa tentang soya ???

Kebaikan ???   Keburukan ???   Fakta dan tahyul ???

Nama asalnya datang dari perkataan Jepun iaitu shoyu yang bermaksud kicap.

Sebenarnya, terus terang aku katakan bahawa, aku benar-benar keliru dengan fakta yang dikaitkan dengan kacang soya nie….

Pernah aku dengar, banyak kebaikan soya… tak kurang jugak, ramai yang mengatakan bahawa soya tidak baik untuk kesihatan manusia..

Entah lah… tapi dari sumber, Wikipedia.. maklumat mengatakan bahawa kacang soya mengandungi sumber protien yang tinggi tetapi paling kurang kandungan kabohidrat berbanding bijirin yang lain seperti beras dan gandum.

Berasaskan kepada maklumat itu, nampaknya macam elok jer laaa.. Seperti yang kita tahu, kalau mengambil makanan yang tinggi kabohidratnya, tidak elok untuk kesihatan kerana ianya menghasilkan gula berlebihan yang akhirnya terkumpul menjadi lemak….

Tapi sumber protien yang tinggi dapat membakar lemak berlebihan kerana penggunaan tenaga yang tinggi diperlukan untuk penguraian protien dalam badan. Penggunaan tenaga yang tinggi ini akhirnya membakar lemak yang berlebihan itu. Dalam erti kata yang lain (pendapat aku ler, itu pun berdasarkan maklumat yang dibaca di wikipedia), bagi sesiapa yang nak kurus badan, eloklah mengambil makanan yang tinggi sumber proteinnya macam produk makanan yang berasaskan soya…

Ada gak maklumat yang mengatakan bahawa soya bagus untuk melawan dan menghindarkan kanser, membantu untuk melawan penyakit jantung dan juga boleh membuatkan tulang kita kuat.

Ada pulak maklumat yang terdapat di internet mengatakan bahawa soya penyebab kanser, menyebabkan kekurangan nutrien dalam badan, osteoporosis, thyroid, kesukaran dan masalah kepada sistem pembiakan dan penyakit  Alzheimer.

Soya seperti sesetengah sumber makanan yang lain, mengandungi goitrogens ( bahan yang mengganggu fungsi thyroid lalu menyebabkan thyroid menjadi bengkak dipanggil goiter ). Tetapi goitrogens itu sendiri tidak memudaratkan kecuali kepada manusia yang kekurangan iodine dalam badan.

Kekurangan iodine dalam badan membuatkan gangguan kepada thyroid semakin teruk sekiranya mengambil makanan yang mengandungi goitrogens yang tinggi.

Ada jugak kajian di Hawaii, Honolulu Heart Study menjurus kepada keputusan yang mengejutkan. Kajian ke atas masyarakat Jepun yang tinggal di sana mengatakan disebabkan banyak makan tofu (makanan berasaskan soya), didapati mengalami ingatan yang lemah dan kehilangan daya ingatan dipanggil dementia.

Tetapi ramai pulak yang mempersoalkan hasil kajian tersebut kerana telah diketahui kadar dementia di Asia kurang daripada di negara-negara barat. Bagaimana ini dapat membuktikan bahawa tofu itulah yang menyebabkan masalah gangguan ingatan sedangkan di Asia yang terkenal dengan makanan berasaskan soya itu menunjukkan kadar dementia yang kurang.

Sebenarnya, kalau nak di’google’, banyak lagi fakta tentang  soya yang bakal membuatkan kita terkejut… Tak kurang jugak, fakta yang mengangkat soya sebagai sumber makanan yang baik… Semua nie membuatkan kita pulak yang pening.

Apa pun.. cukuplah dulu setakat ini sekadar membuatkan kita berfikir dan mengkaji kebaikan dan keburukan soya…

Fakta dan keputusan muktamad, tidak dapat disimpulkan buat masa ini…

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s