Bahaya ANDROID kepada aktiviti harian manusia abad ini!!!!

image

Manusia dan android dah tak boleh dipisahkan.

Adanya android.. Satu gadget dah boleh buat macam-macam..

Dah tak perlu beli banyak gadget untuk setiap kegunaan… Cukup hanya dengan sebuah smartphone.

Semua dah ada.

Satu gadget pelbagai fungsi..

Talipon ???  Torchlight ???  Radio ??? MP3 player ???  Video player ???

GPS ???   Simpan data ??? Akses internet ???  Gameboy ??? Playstation ???

Calculator ???   Camera ??? Jam loceng ???   Diary ???  Perakam suara ???

Facebook ???   Twitter ???   Gmail  ???  YahooMail ???

Dah tak payah beli banyak-banyak… buat bih duit jer… semuanya dah ada dalam smartphone tuuu… tinggal guna jer…

Tapi.. dalam kita dok leka menggunakan semua tu… dalam tak sedar android nie bahaya untuk aktiviti dalam talian kita… terutama bila berkaitan dengan laman sosial dan e-mail.

Bahaya !!!!

Bayangkan, kalau tertinggal smartphone tu kat mana-mana dan hilang diambil oleh entah penyagak mana.

Perasan tak, semasa kita mula-mula guna google playstore… Kena sign in google account kan !!! Selepas kita sign-in, pernah tak kita sign-out ??? Cuba ingat betul-betul.. rasanya selepas sign-in tu, kita dah tak ingat dah pasal tu… lagi pun segala jenis sync adalah melalui akaun google tu…

Gmail kita macam mana ??? Terdedah jer… sapa-sapa boleh bukak Gmail kita tu… kena pulak, segala maklumat perbankan kita ada dalam Gmail tu… Tak bahaya ker ???

Kena pulak, kita download Yahoo Mail… macam-macam maklumat peribadi ada kat sana… Download pulak facebook aplikasi untuk android. Silap-silap, yang nie pun kita tak pernah sign-out… Kalau lah orang yang ‘gasak’ kita punya smartphone tu nak buat ‘dajai’..

Dimasukkannya post yang bukan-bukan… tak ker, kita yang merasa kesannya nanti… Malu satu hal… kot dia gunakan FB kita tu untuk ugut sapa-sapa ???

Terfikir tak ???

Dalam kad memori kita tu pulak… berapa banyak barang peribadi dalam tu … Tak risau ker ??? Data dan maklumat penting dan peribadi kita dalam Google Drive, macam-mana pulak ???

Bila aku fikir-fikirkan… Risau jugak… Maklumlah, kita nie manusia yang tak lari dari sifat lupa… Tertinggal smartphone !!!!

Sebab tu, aku guna satu aplikasi yang dapat menyelamatkan keadaan kalau situasi sebegini terjadi… Smartphone yang tertinggal tu, dah tak dapat nak kata apa lagi lah… dah tentu hilang. Tapi yang penting, kehilangan phone kita tu tak memudaratkan kita dengan berbagai masalah pulak di kemudian hari…

Kalau digunakan maklumat perbankan kita… tak ker, lesap duit yang tak seberapa dalam akaun bank kita tuhhh ???

Jadi… dalam usaha untuk mem’block’ akses ke semua aplikasi penting tu, aku gunakan App Lock seperti dalam screenshot di bawah. Mudah untuk digunakan. Tak de pening-pening kepala.

Cuma tolak ajer butang ditepi setiap aplikasi yang nak dikunci sehingga nampak  ikon kunci yang biru tu… Ulangi pada setiap aplikasi yang nak dikunci dan keluar. Maka setiap yang berkenaan akan terkunci. Yang penting, ingatlah kata laluannya…

image

Akhirnya aplikasi yang berbentuk peribadi terkunci dan selamat dari percubaan untuk digunakan. Dan kita boleh merasa tenang walaupun sebenarnya smartphone kita tadi dah hilang entah ke mana ….

Yang hilang, tetap hilang.

Nak yang baru, beli la yang baruuu…keh keh kehhh !!! Wuaaa !!!

image

image

image

image

image

image

image

image

Punyalah banyak aplikasi yang aku kunci… Takkan nak kena key-in password setiap kali aku nak gunakan setiap aplikasi berlainan… Letih woooo !!!

Jangan bimbang…

Cuma perlu, add widget App Lock tu ke home screen seperti di bawah… Jadi bila nak gunakan apa saja aplikasi yang di kunci, hanya klik pada widget kunci tu dan masukkan password sekali saja. Maka terbukalah semua aplikasi yang telah terkunci tadi sekaligus….

Senang, kan ???

Bila dah guna, cuma perlu tekan kembali widget kunci tu tadi tanpa perlu memasukkan apa-apa password lagi…

image

Tadaaa….

Selamat mencuba… yang penting ketenangan fikiran yang dinikmati…

4 comments

  1. Naziman

    Tak susah bro, kalau hilang sekaran ni banyak aplikasi yang boleh lock, padam secara remote. tapi memang kena pantas la, kalau tak sempat juga orang tahu data kita.

  2. virusmatrix.com

    Semua benda tu senang jer klu nk ambil maklumat..Pakai la app apa sekali pun xsmpi seminit blh buka semua app yg d lock.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s