Google Drive : Pusat penyimpanan data di alam maya…!!

image

Pernah tak terfikir, alangkah senang kalau kita boleh simpan segala jenis data, file, lagu malah apa saja dalam satu tempat yang boleh kita ambil atau gunakan kembali pada bila-bila masa atau di mana-mana saja dalam dunia ini tanpa kita membawa thumbdrive, pendrive atau hard-disk drive?

Apa yang perlu cuma sebuah telefon pintar “smartphone” yang mudah dibawa ke mana-mana.

Yang penting boleh meng’akses’ talian internet, maka segala masalah membawa pelbagai jenis data boleh di atasi dengan mudah.

Kita takkan tahu, bila masanya kita perlu meng’akses’ kepada data yang kita simpan.

Andai tiba masanya keadaan memerlukan, kita boleh gunakan satu ‘drive’ di alam maya yang disediakan oleh Google, iaitu aplikasi Google Drive.

Segala jenis data boleh di’upload’ ke drive maya ini dengan kapasiti sebesar 5GB secara percuma.

Apa yang perlu adalah akaun google dan kita boleh meng’akses’ drive itu di mana saja selagi dapat mencapai talian internet.

Untuk telefon pintar, bolehlah dimuat turun dari Google Play Store.

Drive kita akan kelihatan seperti screenshot di bawah.

image

Sebenarnya tanpa talifon pintar pun kita masih boleh mendapatkan kembali data-data yang mungkin penting itu di mana-mana saja.

Misalnya, tiba-tiba dalam keadaan kita bersantai, kita memerlukan untuk menghantar data melalui e-mail kepada rakan sekerja atau mungkin boss kita.

Boleh saja cari cyber cafe dan membuka drive maya tadi melalui akaun google kita.

Dapatkan data yang dikehendaki…

Seterusnya e-mailkan saja kepada yang berkenaan…

Mudah…

Tak perlu sentiasa membawa segala jenis gadget sewaktu kita jalan-jalan cuci mata atau bersantai.

Sebelum nie, aku memang tak tahu pun pasal benda nie… memang pernah ternampak kat Google Play Store, tapi tak paham apa ke benda nya tuuu…

Member aku, Mantoi yang perkenalkan benda nih… Itu pun masa dia nak hantarkan satu file game kat aku… Try guna e-mail… tak boleh, pasal saiz file tu melebihi had yang dibenarkan dihantar melalui e-mail.

Lepas tu, member aku nie yang memang dah tak asing lagi dengan komputer dan teknologi sharekan file yang dia upload dalam google drive dia dengan akaun google aku (e-mail).

Ops.. lupa lak nak bagi tau, yang apa saja maklumat dalam drive maya tu boleh dikongsikan dengan sesiapa saja yang kita nak… Klik ajer share dan masukkan e-mail kawan kita tuh…

Buat masa nie, tak banyak lagilah file yang aku upload untuk disimpan di alam maya nie… cuma gambar-gambar yang tersimpan di smartphone aku tu ajer yang aku alihkan ke google drive aku tu… boleh lah di kosongkan dari memori phone yang tak seberapa besar tu… lagi pun setiap file gambar tu, besar jugak saiz nya… buat menyemak handphone aku jerrr..

Apa pun, terpulang lah pada cara dan citarasa masing-masing.

Buat aku…. terima kasih pada Mantoi kerana memberi pelajaran baru kat aku yang memang blur dalam bab-bab teknologi komputer nie…

3 comments

  1. Mantoi

    Ha ha ha …aku pun baru teringat yg Google ada benda nih bila aku nak anto file gabak tuh kat ko & tak lepas … Apa2 pun selamat memenuhkan 5GB yg free ituhhh !!! Wakakaka

  2. Pingback: Bahaya ANDROID kepada aktiviti harian manusia abad ini!!!! | Blog @ Bujang3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s