WhatsApp ; Free atau berbayar? ?

image

Sekarang nie, terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dalam memenangi hati pelanggan agar melanggani perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat masing-masing.

Dalam hal ini, tentulah yang mendapat keuntungan dari persaingan ini adalah para pelanggan. Asalnya, pakej yang ditawarkan adalah mahal, sekarang nie dah banyak pakej yang murah-murah, siap dengan potongan harga untuk mendapatkan telefon pintar yang hangat di pasaran.

Memandangkan, sudah melanggan pakej data yang berbagai-bagai tu, maka pengguna mencari jalan untuk menjimatkan kos dari segi panggilan dan sms. Alang-alang membayar pakej data tanpa had, maka kemudahan internet digunakan sepenuhnya.

Pilihan yang ada untuk memaksimakan penggunaan tanpa charge tambahan adalah menggunakan Viber atau pun WhatsApp yang dapat dimuat-turun dari aplikasi Googleplay.

Aku menggunakan WhatsApp bermula dari tahun lepas. Memang best, cuma beberapa bulan yang lalu, ada kedengaran dari rakan-rakan yang turut menggunakan aplikasi WhatsApp tu, bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah percuma untuk tempoh setahun sahaja. Selepas dari itu, akan dikenakan caj perkhidmatan iaitu USD0.99 setahun.

image

image

Terus, tanpa fikir panjang, aku uninstall. Ingatkan aku pandai ler… Uninstall dulu, lain kali kalau nak pakai, aku install lah semula….

Entah kenapa, tetiba ajer, aku teringat nak gunakan semula aplikasi ni. Maka, siang tadi, aku install lah semula. Pada fikiran aku, kalau nak dicaj selepas setahun pun, ianya akan bermula dari tarikh hari ini.

Tak puas hati dengan isu nie, aku mencari-cari info di setting aplikasi ini. Terjumpa pulak pasal payment info. Bila aku bukak, maka jelaslah bahawa penggunaan aplikasi ini adalah bertempoh, dan ianya adalah atas dasar ‘ free trial’ saja. Tempoh tamat perkhidmatan percuma aku dinyatakan bertarikh 24 Apr 2013. Bermakna… selepas 24 April tahun depan, sekiranya ingin terus menggunakan perkhidmatan ini, aku perlulah membayar USD0.99 bagi tahun yng berikutnya.

image

Maknanya bukanlah free sepertimana yang dihebohkan… Tapi ada pulak kawan aku yang dah gunakan perkhidmatan ini lebih dari setahun… tak pernah pulak dicajkan (katanya la)…

Hrmmm… Mana yang betul nieee.

WhatsApp : Free atau berbayar ????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s