Kerana sayangkan anak-anak !!!

‘ Sekarang sudah pukul 2, mengapa bapak masih belum tidur lagii !!!’

” Sebab aku menunggu kau pulang.. Betulkah kau tak mahu berkahwin dengan Rokiah ???”

‘Betul Pak, bapak tau apa yang telah terjadi pada Rokiah?? Sazali tak mahu menjadi pak sanggup. Anak yang Rokiah kandung sekarang bukannya anak Sazali’

“Berani kau berkata begitu.. anak kurang ajarr !!! Inikah balasan yang aku dapat, setelah aku didik kau dengan penuh kasih mesra..”

“Inikah hasil yang aku dapat, setelah aku memberi kau segala kepuasan dan kebebasan hidup.., Anak yang tak tau malu..Kau cemarkan nama Rokiah ya !, nama anak Pak Longmu sendiri..”

“Sazali…lebih baik kau tarik balik segala kata-katamu, sebelum perkara yang tak diingini berlaku… sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini..”

“kau tarik balik Sazaliii ..”  diiringi dengan penampar yang hinggap ke muka Sazali.

“aku belum puas Sazali…belum puas…” lalu mengambil tongkat untuk memukul Sazali..

“Berhenti… Jikalau 10 tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang..”

“Tapi sekarang sudah terlambat…sudah lambat pak !!”

“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan..sagala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai cakap bohong sama bapak…sehingga Sazali menipu bapak.. menipu untuk kepentingan diri.. “

“tetapi bapak hanya…’Anakku Sazali’.. bapak yang bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali..”

Pernah dengar tak dialog nie… Rasanya ramai yang pernah dengar..kan ???

Yaaa !!!! Memang benarrr !!! Sebuah sedutan dari kisah filem terkenal arahan dan lakonan P.Ramlee… “ANAKKU SAZALI”

Sebenarnya, aku baru balik dari majlis bacaan Yasin dan sembahyang hajat anjuran sekolah anak perempuan aku, sempena peperiksaan PMR dan SPM yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat itu, dianjurkan pula satu program yang ditumpukan dalam memberikan kesedaran dan pengajaran dalam isu kekeluargaan dan mendidik anak. Begitu juga, kesedaran kepada golongan pelajar dalam tanggungjawab mereka kepada guru-guru dan ibu-bapa.

Tersentuh aku, bila di selitkan clip sedutan dari cerita P.Ramlee itu. Banyak pengajaran boleh diambil dari sedutan tersebut. Malah banyak pertikaian dan perbincangan yang terbit hasil dari skrip arahan P.Ramlee itu.

SIAPAKAH YANG BERSALAH DALAM HAL INI…???

BAPA YANG TERLALU MANJAKAN ANAK ???

ATAU, ANAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS RASA KASIH DAN SAYANG KETERLALUAN SI BAPA ???

Dialog yang paling terkesan dan membuat aku berfikir…

   “Jikalau 10 tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang..”

Ibu-bapa sekarang, terlalu sayangkan anak… terlalu manjakan anak, sehingga jarang memarahi, merotan @ memukul anak atas kesalahan yang dilakukan… Malah ada yang berpendapat dan berkata..

    “biarlahhh… budak-budakkk… biasa laaaa…”

Mungkin ada benarnya, kata-kata Sazali dalam dialog tadi…bila dibiarkan anak-anak terus-terusan melakukan kesalahan, tanpa hukuman tegas seperti rotan, akhirnya akan membuatkan mereka “naik lemak”.

Orang tua-tua pernah berkata… “Sayangkan anak, rotan, rotankan “

Tak mengapa jika merotan anak untuk mengajar, kerana dengan cara begitu, pengajaran yang diterima lebih berkesan…

Cuba kenangkan, di zaman kanak-kanak kita dahulu. Asal nama ajer, kanak-kanak, nescaya sifat nakal sentiasa ada. Bagi aku, sering jugak dirotan oleh bapa. Maklum ajerlah…. nakal tak sudah-sudah…Namun, bila aku fikirkan kembali, aku bersyukur, kerana bapa aku tegas dalam mendidik aku dan adik-adik aku yang lain…

Berkat dari pengajaran yang tegas itu, Alhamdulillah, aku adalah aku yang sekarang.. Walaupun, mungkin aku tidak berapa berjaya sepertimana adik-adik dan rakan yang lain, tapi aku bukan penyangak, perompak, pencuri atau penagih dadah…

Ianya adalah kesan daripada rotan yang aku terima sepanjang tempoh aku membesar sehingga dewasa.

Janganlah kerana sayangkan anak, kita biarkan segala kesalahan yang dibuatnya…

Janganlah kerana sayangkan anak, kita lupa untuk menegur kesilapan yang dilakukannya..

Ibu mana yang tak sayangkan anak ???

Bapa mana yang tak sayangkan anak ???

Kerana sayangkan anak lah, kita mesti tegur, marah, rotan dan pukul demi mendidik mereka agar menjadi orang yang lebih baik di masa hadapan.

Semuanya kerana sayangkan anak…

Fikir-fikirkan lahhh !!!

2 comments

  1. lampudanmentol

    Beegitulah resan hidup manusia tegur menegur dan yang bsebaiknya daripada kecil lagi, nak melentur biarlah dari rebungnya kalau dah jadi buloh kite “Bakor” je jadi buloh lemang…fikir-fikir lah pada yang matang tapi belum matang lagi dan tak nak ambil tahu hal anak dan bini lebih baik terjun “Perigi buta”

    • bujang3

      Heheheee… Panas, pedih dan pedas komen dari bro Mentol Bulat kita pagi nie… Sabar bro.. Jom mandi hujan, pagi nie hujan ler. Boleh kasi sejuk sikit, tak ler panas sangat…
      Tapi, ada benarnya apa yg bro cakap tu…
      Mari ler kita piiir-pikirkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s