Kenapa mesti guna task killer????

image

Android dah tak asing lagi kepada kita semua.

Tapi, apakah android sebenarnya..???

Ringkasnya, android adalah satu sistem operasi berlandaskan Linux yang mana dihasilkan lebih untuk penggunaan peralatan skrin sesentuh untuk telefon pintar dan komputer tablet.

Mula dibangunkan oleh Android Inc tetapi akhirnya dibeli oleh Google.

Task killer ???

Aku rasa ianya satu aplikasi untuk memberhentikan sesuatu tugasan atau proses yang digunakan atau diperlukan  oleh sistem android pada satu-satu masa. Biasanya ramai pengguna android menggunakan task killer ini demi memastikan supaya memory yang digunakan tidak kehabisan. Dalam ertikata yang ringkas, supaya tindakbalas sistem android tidak menjadi lembab yang mana akhirnya akan menyebabkan sistem terhenti @ “hang”.

Perlu ker task killer nie ???

Aku teruskan google mengenai perkara ini… Dari pemahaman aku (kalau silap, sila betulkan, ok), sistem android bertindak mengikut kepintarannya sendiri. Sesetengah aplikasi yang kelihatan “running” tidak semestinya melakukan apa-apa proses, selain hanya sebagai “‘stand-by” sehingga diperlukan kembali oleh sistem android itu sendiri.

Namun, kita mungkin meninggalkan sesuatu applikasi untuk membuka aplikasi yang lain. Pada ketika yang sama mungkin sistem operasi android memerlukan untuk mematikan dan menutup aplikasi yang terbiar itu. Tindakan android mungkin kasar.

Cuma.. yang perlu diingat, sentiasa tekan butang “BACK”, setelah selesai menggunakan sesuatu aplikasi. Elakkan menekan butang “HOME”, kerana ini akan membuatkan aplikasi tadi tidak ditutup dengan sempurna, dan membiarkan aplikasi tadi berjalan di belakang tabir.

Bila kita meninggalkan sesuatu aplikasi terbuka di belakang tabir, ianya akan terus dibiarkan terbuka oleh android sekiranya tidak menjejaskan memory. Namun tetap ada had maksima untuk penggunaan memory. Bila tiba saat itu, android tanpa ‘belas kasihan‘ akan menutup aplikasi terbiar itu secara paksa @ “forced close“.

Jadi, berdasarkan maklumat dan pemahaman tadi, nampaknya pengguna smartphone dengan sistem android tidak perlu menggunakan “task killer” kerana tugas ini akan dilakukan sepenuhnya oleh android tanpa perlukan pertolongan daripada kita.

Sebenarnya, sebelum nie pun aku guna task killer nie, sebab tokey kedai handphone selalu bagi tau yang kita perlukannya supaya handphone tidak ‘jammed’.

Sekarang aku dah uninstall.

Kenapa mesti guna task killer ???

Kan android dah ada untuk menjaganya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s