Cara Nak Memohon Ke Sekolah Asrama Penuh (SBP).

Salam untuk semua, terutama kepada golongan ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sudah menduduki, sedang menduduki atau yang bakal menduduki peperiksaan besar di negara ini.

Tentunya, setelah anak-anak penat berusaha dan bertungkus-lumus mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan, ibubapa mengharapkan keputusan terbaik yang bakal diterima anak masing-masing.

Pastinya, ramai ibubapa yang berdoa agar keputusan yang diperolehi itu bakal melayakkan anak-anak memasuki sekolah berasrama penuh atau yang setara dengannya.

Bagi sesetengah ibubapa yang mungkin tidak pasti, bagaimanakah caranya untuk memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ringkasannya  ; SBP, di sini bujang3 dengan ikhlas memaparkan manual yang telah di “download” dari Portal Kementerian Pelajaran .

Memang sengaja bujang3, memasukkan manual berkenaan secara copy and paste sebab tidak mahu tertinggal maklumat yang mungkin penting sebagaimana yang boleh di “download” sendiri dari laman portal rasmi itu.

Ibubapa boleh membaca terus dari entri kali ini atau men’download” sendiri manual ini untuk simpanan dan rujukan.

Permohonan dah boleh dibuat bermula 15 September – 31 Oktober 2012.

MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

PENGGUNA : IBUBAPA /PENJAGA

 1.   PENDAHULUAN

Aplikasi Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Aplikasi ini digunakan bagi permohonan kemasukan murid-murid Darjah Enam (6) ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan murid-murid Tingkatan Tiga (3) ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh .

 2.   TUJUAN PANDUAN

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan membantu murid membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan melalui Aplikasi Permohonan ini.

 3.   CAPAIAN SISTEM

Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Pautan Aplikasi Permohonan ini diletakkan pada Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

3.1.                   Layari Portal Kementerian Pelajaran Malaysia.          3.1.1.                       url: http://www.moe.gov.my

3.2.  Pada muka depan portal, sila browse ke bawah untuk ke seksyen “e-PERKHIDMATAN”                                                                                                           3.2.1.  Sila pilih pada perkataan “BERKALA”

3.3.                   Cari dan klik pada aplikasi di bawah tajuk “Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan”.3.4.                   Klik pada tajuk (link di atas) akan membawa ke login permohonan.

4.   PANDUAN PENGGUNA

 4.1.                   Menu Utama                                                                                                                4.1.1.                       Muka DepanArahan : Pemohon dikehendaki klik pada butang permohonan ke Tingkatan 1 bagi membuat permohonan Tingkatan 1 dan sekiranya membuat permohonan Tingkatan 4 sila klik butang permohonan ke Tingkatan 4 (Sekolah Berasrama Penuh sahaja).

4.1.2.                       Paparan LoginArahan : Pemohon dikehendaki memasukkan No. Angka Giliran UPSR atau PMR dan Kata Laluan (No. KP Ibu/Bapa/Penjaga)

4.1.3.                       Paparan PermohonanArahan : Klik pada Butang Permohonan Baru bagi membuat permohonan.Terdapat 5 segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon :

a)  Paparan Pilihan Jenis Sekolahb)  Paparan Maklumat Diric)  Paparan Maklumat Kokurikulumd)  Paparan Maklumat Ibubapa/Penjagae)  Paparan Maklumat Tambahan ; Bagi Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh, terdapat 1 segmen maklumat tambahan yang perlu diisi.4.1.4.                       Paparan Butiran PermohonanPaparan ini memaparkan butiran yang telah dimasukkan oleh pemohon bagi tujuan semakan.

Arahan:

Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik pada pautan di setiap segmen. Namun sekiranya tiada sebarang pengemaskinian, klik pada butang serah dokuman untuk mencetak permohonan.

PERHATIAN :

a)  Sila Semak Dengan Teliti Maklumat Yang Telah Dimasukkan

b)  Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat

4.1.5.  Status Permohonan

Paparan di bawah menunjukkan maklumat bagi setiap segmentasi telah diisi dan kemaskini boleh dilakukan dengan memilih segmentasi yang perlu dikemaskini.

p/s : Moga maklumat ini berguna dan membantu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s