Xperia Go atau Xperia Sola ???

Episod menghitung hari aku dah berakhir semalam. Itu pun untuk sementara la… Bila dah melampaui tengah bulan, episod tu biasanya akan kembali lagi… Biasa laaaa… Itulah dinamakan kehidupan… Mana boleh lari… nak tak nak kena hadapi dengan hati setenang mungkin….

Jangan merungut… Jangan mengeluh… Redha ajer !!!!

Tapi bukan itu yang aku nak citer kali nie….

Citernya begini…

Sebulan dua sebelum nie, smartphone pertama aku, Samsung Galaxy Gio, yang aku dapat dengan hanya membayar RM199.00, hasil dari melanggan pakej Digi dengan plan RM68.00 sebulan untuk tempoh minima selama 2 tahun itu mula buat hal…

Meragam !!!

Sesekejap, “hang“. Touch screen pun tak berfungsi. Lantaklah, sentuh macam mana sekali pun, tetap tak boleh… ‘Apa pun tak boleh’ bak kata kumpulan Jambu dari Maharaja Lawak. Sesekejap boleh… Dalam sebulan dua tu, macam tu lah keadaannya…

Sakit jiwa ???

Usah nak citer la…. memang dah rasa macam nak hantar borang kemasukan ke Hospital Tanjung Rambutan jer rasanya… Begitu lah kesannya kalau dah terbiasa dengan teknologi dalam bab nie handphone… SMARTPHONE…

Dua minggu yang lepas, gila smartphone aku tu dah sampai ke tahap gaban... langsung tak boleh buat apa… Dunia aku, macam turut berhenti dengan ‘hang‘nya Samsung Galaxy Gio aku tu…

Terlanjur ke Tesco Xtra kat sini, aku gi ke kedai hanphone. Tanya. Masa tu tak bawa phone.. Tinggal kat rumah.. dah tak berfungsi..nak buat apa bawak….

Soal selidik. Tokey kedai kata, mungkin software yang ada masalah. Nak kena format semula. Macam mana pun, dia nak tengok dulu hanphone tu baru boleh confirm.

Tanya lagi… Berapa ? Tak mahal pun… cuma RM50 jer untuk re-format balik.. Nasib baik ler…

Semalam, kebetulan orang rumah nak gi beli barang kat Tesco Extra tu, aku bawak handphone tu ke kedai yang sama. “Dalam setengah jam siap laa“, katanya. So, aku pun masuk Tesco, sambil temankan orang rumah beli barang, asyik jer tengok jam di tangan. Excited sebab dunia aku bakal kembali bersinar dengan smartphone ditangan.

Kembali ke kedai tu. Hampa. ‘Bukan software punya pasal, dia punya touch screen yang rosak’, tokey tu explain. (time tu aku dah tak berapa dengar dah).
Wahhh !!! Tak boleh jadi nie. Aku dah bersabar selama nie…

Gi Sony kat Giant yang terletak bersebelahan Tesco Xtra. Tengok-tengok… Cuci mata sambil melayan hati yang dah kecewa..

Tanya.

Tokey jawap.

Minta test Xperia Go…

Tanya lagi…

Test pulak Xperia Sola…Saiz lebih kurang jer, cuma Sola tu, panjang sikit.

Tanya lagi..

Berapa ?

Boleh kurang ker ?

Mana lagi elok?

Tokey jawap, Sola RM899.00 tapi dia bagi RM799.00.

Sony Xperia Sola, RM899.00

Go RM999.00, dia boleh bagi RM930.00.

Sony Xperia Go, RM999.00

Tanya lagi… Kenapa Go diskaun sikit sangat ?? Kenapa Sola, besar sikit dari Go tapi murah ?

Disimpulkan dua soalan tu dalam satu jawapan, tokey tu jawab simple jer ..

Sebab Xperia Go nie waterproof, water resistant, itu pasal mahal maaaa “

Asal cuma nak cuci mata… Akhirnya, tanya-tanya…. Dicampur dengan hati yang dah kecewa, dah tak hingat… cuma, otak dah congak-congak… Xperia Sola ker Xperia Go ???

Sola murah sikit…tapi tak kalis air… aku gi kerja bawak motor… selalu malas nak berenti pakai baju hujan. Go mahal sikit, tapi kalis air….

Ermmm  !!!!

Antara murah dan kalis air… dah tak ingat bab duit…

Muktamad…

Sony Xperia Go dah jadik smartphone kedua aku… Secara rasminyaaaa…

Tapi yang bestnyer, tokey tu nak try hantar Samsung Galaxy Gio tu ke Samsung Center untuk claim warranty walau pun phone tu dah lebih setahun.  Baru kejap tadi, tokey tu dah call, bagi tau yang Samsung tu masih boleh claim warranty walau pun tanpa warranty card (hilang) dan dah lebih tempoh setahun.

Biasalaaaa. dia ada “kaki“.

Apa pun…

Dah rasmi Sony Xperi Go jadi my second smartphone !!!

6 comments

  1. Experia Arc S

    Salam..nk tanya..
    sy pkai smartphone touch screen jgak..
    semenjak dua menjak ni…screennye selalu ter on sendri (menyala) walaupun x ditouch butang menu tu..
    itu tanda screennya rosak ke ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s