Kemarahan Masyarakat Islam Di Malaysia terhadap “Innocence of Muslims”
Sejak bermula tercetusnya api kemarahan masyarakat Islam terhadap filem yang menghina nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. , boleh dikatakan setiap hari ada berita mengenai protes dan bantahan yang dianjurkan di seluruh dunia.
Di segenap pelusuk dunia, memorandum bantahan terhadap filem itu diserahkan kepada kedutaan U.S demi menyatakan kemarahan yang dicetuskan filem berkenaan.
Di Malaysia tidak ketinggalan. Selepas solat Jumaat 21 September 2012, tanpa mengira parti politik, Pemuda Umno dan Pemuda Pas, mengadakan himpunan untuk menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di ibunegara.
Walaupun, himpunan diadakan di tempat berasingan, namun, ini membuktikan masyarakat Islam di Malaysia mampu mengetepikan idelogi politik masing-masing dalam mempertahankan kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Bantahan yang memuncak itu dianggarkan disertai oleh ratusan ribu yang marah dengan penerbitan filem yang merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Islam.
Tidak hanya di ibunegara, himpunan-himpunan bantahan dianjurkan di merata-rata di pelusuk Malaysia.
Gambar-gambar dari Sinar Harian m/s 8, Sabtu 22 September 2012.
Tindakan dari protes dari seluruh dunia termasuk dari umat Islam di negara kita, telah membuatkan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem itu takut. Umpamanya aktres filem itu sendiri, Cindy Lee Gracia membuat permohonan di mahkamah tinggi Los Angeles agar laman YouTube menarik balik siaran filem berkenaan.
Aktres dah takut. Penerbitnya Nakoula Bassely Nakoula atau Sam Bacile pulak dah lari entah ke mana. Padan muka. Tahu pulak takut. Lain kali jangan main api. Umat Islam diajar untuk bertoleransi dengan agama lain di dunia, namun jangan pulak memijak kepala dan menghina Islam dan para nabi.
Ini pulak, kat dalam Malaysia sendiri terdapat manusia yang cuba bermain api dengan mempertikaikan kewajaran umat Islam melakukan bantahan terhadap Innocence of Muslims.
Memang tak sensitif langsung. Sepatutnya mereka, menghormati dan tidak mencampuri urusan agama lain yang mereka sendiri tidak faham. Jangan dikeruhkan suasana harmoni yang telah terjalin antara berbagai kaum dan agama yang telah bertahan sekian lama di negara ini.
Aku percaya, mereka yang memahami tidak akan sekali-kali bertindak mencemarkan suasana aman yang sedang kita kecapi di saat ini.
Mari kita sama-sama mengecam dan membantah terhadap filem “Innocence of Muslims” ini sehingga pihak Google dan Youtube menarik balik tayangan dari laman mereka.
Yahudi tetap yahudi mane ade dia remove cerita kontrevasi tu dari Youtube dan Google..memang sakit hati leee
Kita tetap kena kutuk dan kecam perbuatan mereka tu, sampai mereka tertekan….