Rutin yang berubah-ubah !!!

Waktu menunjukkan 8.30 pagi.

Duduk serorang diri di kedai mamak bersebelahan pusat khidmat masyarakat, sambil menunggu roti canai yang dipesan tadi, tiba. Teh tarik yang masih panas, terletak di depan mata itu sudah dua kali aku hirup. Memang panas. Hampir saja melecur lidah aku dibuatnya.

Suratkhabar yang tersedia di atas meja itu ku selak satu persatu. Berbagai tajuk berita menjadi santapan mata sementara menanti roti canai yang masih belum lagi dihidangkan. Laju saja mata aku meneroka helaian demi helaian suratkhabar mencari-cari berita yang bakal menarik perhatian.

Banyak isu panas yang mengisi setiap helaian. Berita politik tidak ketinggalan, dah jadi topik wajib dalam suratkhabar sejak kebelakangan ini. Sana sini, tak habis-habis dengan politik…

Bosan !!!

Roti canai yang ditunggu-tunggu, akhirnya tiba. Masih berasap menunjukkan ianya masih panas. Roti canai dan teh tarik memang dah jadi rutin harian sebelum aku memulakan sesi bekerja. Sehari tak kena, ibarat hidup tak lengkap, rasanya.

Suratkhabar ku selak lagi. Mulut terus mengunyah. Akhirnya, piring roti canai yang di depan mata itu pun dah ‘licin‘. Teh tarik yang masih berbaki dan sudah suam-suam kuku itu ku teguk hingga habis.

Bayar dan teruskan perjalanan menuju ke tempat kerja.

Rutin hidup aku setiap hari tidak banyak berbeza. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, rutin yang sama berulang-ulang. Mungkin sesekali terdapat satu dua peristiwa terjadi yang menambah seri pada warna kehidupan aku… Bosan?!?!?

Erm… Entahlah… Tapi, buat masa ini aku selesa dengan keadaan yang sedang berlangsung nie. Cuma…, sesekali keadaan financial yang meruncing sangat menyesakkan dada. Walau pun tak selalu, tapi bila ianya terjadi, memang terasa parah. Umpamanya di tika dan saat ini.

Al-maklum ajer la sebelum hari raya hari tu, gaji dah masuk awal giler….Selepas raya nie, kiranya masih dok menghitung hari, menunggu ketibaan semula hari gaji… Sesak beb !!! Tambahan pulaa…. @#!$%&^

Haaa !!!!Dah mula lah aku nak masuk cerita harga barang yang dah giler punya melambung sehingga ke tahap orang biasa macam aku nie tak dapat nak tanggung lagi…

Tutup ajerla citer pasal harga barang yang melambung tuuu… kot di‘citer’kan pun tak ke mana jugak sudahnya. Buat hati makin gundah gulana ajer… Buat hapa… yer tak ?!?!?!???.

Berbalik kepada kisah rutin kita tadi, sewaktu kita bebudak, rutin kita nyata berbeza… Bila dah masuk sekolah pulak, rutin pun berubah. Dah masuk pulak ke alam pekerjaan, lagi sekali rutin berubah. Zaman bujang pun lain rutinnya…
masa tu banyak sangat aktiviti yang mengabihkan ‘boreh’. Rutin tak tentu hala. Tak ada arah tuju.

Bila dah mula nak ber‘couple-couple’ rutinnya berubah lagi…. Dah mula buat hal sendiri. Kengkawan ajak pergi minum dan lepak-lepak pun dah tak berapa ada masa.. Asyik nak berkepit jer… Sehari tak jumpa keadaan diri dah rupa orang gila… Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi lerrr…

Hrmmm !!! Ader ke cam tuuu ??? Terlebihhh sudahhh !!!!

Bila dah masuk alam perkahwinan pun berbeza rutinnya. Dah ada anak pun lain… Tapi bila dah sampai ke suatu tahap, rutin harian kita dah macam tak berubah. Berulang-ulang benda yang sama saja. Nak tak nak, kita kena terima… Kalau tak nak terima pun, kita nak kata dan buat apa…. setakat boleh merungut dan mengeluh ajer laaa.. Bagi orang Islam, merungut dan mengeluh nie dah macam tak bersyukur dan melawan takdir la pulak…

Bagi aku, macam mana sekali pun rutin harian aku, buat masa nie, aku selesa. Sekurang-kurangnya keadaan hidup aku baik sikit dari sesetengah insan lain di muka bumi Allah ini…

Alhamdulillah !!!!

3 comments

  1. Pingback: Xperia Go atau Xperia Sola ??? | Blog @ Bujang3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s