Sikit-sikit, Lama-lama jadi Bukit !!!

Salam untuk semua !!!

Pernahkah kita menyimpan ????

Mungkin ramai yang pernah…

Baguslah…

Tapi, berapa ramai pulak yang menyimpan dalam tempoh yang agak lama, namun akhirnya menggunakan kembali hasil simpanan tadi ?? Kalau memang betul-betul terdesak, tak mengapalah jugak… mungkin salah satu sebab menyimpan adalah untuk kegunaan di waktu sesak…

Yang dikesalkan, ada yang sengaja ter”sedak” bila melihat jumlah wang yang terkumpul dalam simpanan… maka mulalah cari alasan untuk men’justifikasi’kan tindakan mengambil wang hasil simpanan yang telah terkumpul sekian lama…

Maka, terdesaklah sangaaattt !!!

Bagi yang ada duit yang dah tak tahu nak dibuat apa, mungkin boleh melabur dengan membeli dan menyimpan dalam bentuk emas…. Tambahan sekarang nie dah, terdapat berbagai syarikat yang menjual emas. Tapi … perlu berhati-hati… Kaji dulu latar belakang syarikat yang berkenaan. Bukan apa, takut ter”kena” pulak nanti.  Ingat nak melabur, tapi duit yang ada jadi “lebur”.

Simpanan dan pelaburan dalam bentuk emas, “Dinar” umpamanya merupakan satu dari cabang pelaburan yang menguntungkan… lagi pula, nilai emas dari sehari semakin tinggi dan dijangkakan akan meraih pulangan yang lumayan suatu waktu nanti. Tambahan pula, emas tidak tertakluk kepada “inflasi”..

Bayangkan kalau kita beli 20 Dinar emas pada waktu ini dengan harga RM15,600.00 ( diambil kira 1 Dinar (4.25gm emas)  @ RM780 ).

10  atau 20 tahun akan datang kita tetap mempunyai simpanan sebanyak 20 keping Dinar emas. Dan, bayangkan jugak, diwaktu itu, berapakan nilai 1 Dinar emas. Nilainya pasti bertambah…

Sekiranya, kita labur RM15,600.00 dalam apa-apa bentuk pelaburan selain emas fizikal, 10 @ 20 tahun lagi nilainya akan terus susut disebabkan kadar inflasi yang meningkat setiap tahun walaupun terdapat pertambahan dalam jumlah simpanan… Apa guna kita ada jumlah RM yang banyak tapi nilainya sikit @ rendah… Bayangkan banyak mana sangat duit ringgit kita tu nanti 10 @ 20 tahun akan datang…. Dah la sekarang nie, RM50 pun dah tak sebesar mana, gi pasar malam pun boleh “lunyai” RM50 tuh…

Cuma, kalau nak melabur dalam emas fizikal nie, nak kena ada duit lebih yang gerenti tak nak digunakan dalam masa yang panjang…. kalau ada duit yang sikit-sikit tu dan esok-lusa dah nak digunakan, eloklah tak payah beli emas tu… buat rugi kira-kira ajer…

Bagi yang tak berapa ada duit cam aku nih… bolehlah cari alternatif  lain… Janji ada semangat nak menimpan dan melabur… sikit-sikt pun tak mengapalah, asalkan akhirnya jadi “bukit”.

Mungkin kita boleh wat pinjaman ASB ker, boleh gak jadik satu inisiatif untuk menyimpan dan melabur… dalam ertikata lain, menyimpan dalam paksa… kalau kita boleh beli perabut, tv, home theatre dan berbagai lagi kehendak kita yang lain melalui bayaran ansuran, apa kata kita ubah pulak tradisi kita itu dengan ansuran untuk menyimpan @ melabur… kan bagus gitu, setidak-tidaknya selepas beberapa tahun (tempoh bayaran balik pinjaman ASB tuh), ada lah jugak “RM” dalam tangan… yer tak ???

Tapi, kalau dah nak buat simpanan sendiri tak boleh, buat pinjaman ASB pun tak boleh, disebabkan tanggungan dan beban hutang yang dah maksimum, dan dah nak “bernafas” pun dah tak berapa nak boleh (nie dah kira masuk dalam kategori aku la nie…heheheee !!), kita cuba cara lain pulak…  Buat cam aku…

Kita melabur guna duit EPF…

Dari tersimpan kat EPF tu ngan kadar dividen pun yang tak seberapa, apa kata, kita gi carik mana-mana agen unit trust (amanah saham), mintak dia keluarkan duit EPF kita tu dan laburlah dalam mana-mana unit trust yang dibenarkan oleh EPF…

Perlu di ingat… Berhati-hati dalam pemilihan dana untuk dilaburkan.

Kalau dah dikenal-pasti dana yang sesuai, bolehlah mula melabur… tak yah guna duit fizikal kita sendiri, guna duit EPF jer… Tak per, sikit-sikit, lama-lama jadik “bukit” gak… janji matlamat tercapai, walau pun duitnya hanya boleh digunakan selepas umur persaraan 55 tahun nanti… simpanan hari tuaaa….

Jangan terkezut, kalau selepas setahun dua, nampak peningkatan dalam jumlah pelaburan tuh… yang pasti, ianya lebih banyak dari pelaburan dalam ASB kita… atau pun sekurang-kurangnya, lebihlah sikit dari dividen EPF tuh…

Camna boleh jadik camtu….

Sebab, dalam unit trust, ada dua cara dapat untung berbanding dalam simpanan ASB dan EPF.

Dalam ASB dan EPF, keuntungan kita cuma dari hasil dividen sahaja, manakala dalam unit trust, kita boleh dapat keuntungan melalui kenaikkan harga dana itu dan juga dividen… keuntungan mungkin lebih cepat sikit dan lebih berganda….

Sekadar untuk perkongsian,

Aku melabur dalam Public Mutual….

Dana yang aku pilih adalah

Public Islamic Equity Fund ( PIEF)

Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF)

Public Islamic Select Treasure Fund ( PISTF) dan

Public Ittikal (PIttikal)

Bagi yang berminat, carilah agen yang sesuai… Mungkin pilihan dana yang aku senaraikan itu boleh dijadikan panduan untuk kajian.

Setakat ini, Alhamdulillah… macam aku kata…

Sikit-sikit, Lama-lama jadi bukit !!!

Yang penting… aku tak perlu keluar sesen pun dari duit poket aku, maklumlah, aku dalam kategori yang nak melabur, tapi tak ada duit lebih dan tak digunakan untuk dilaburkan…

p/s : Aku tak menerima apa-apa imbuhan dari mana-mana agen atau Public Mutual sendiri dari perkongsian ini, sekadar menyampaikan apa yang dirasakan bagus untuk semua yang berminat untuk melabur. Jadikan perkongsian kali ini sebagai panduan dalam membuat sebarang keputusan untuk melabur dalam mana-mana dana pilihan masing-masing.

Untung atau rugi dari pilihan dana yang dibuat, adalah tanggungan sendiri.

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s