Jangan Risau, Ianya Xperia Go !!!

Sedang anda menunggang motosikal pulang dari tempat kerja, tak semena-mena hujan turun dengan lebat. Tak sempat berhenti untuk memakai baju hujan, ternyata anda basah kuyup.

Tiba-tiba.. perasaan bercampur-baur. Alamak !!! Masaakkk !!! Punahh !!!

“Handphone aku !!! “, anda berteriak dlam hati. Dah sah-sah, handphone anda pun lencun dibasahi hujan yang tak henti-henti mencurah.

Tersedar !!! Anda bersyukur !!! Hati kembali ceria, walaupun badan dah kuyup disimbah hujan.

“Jangan risau..” hati memujuk… “Ianya Xperia Go !!!” hati memberi kepastian….

Memang bagus kalau dapat gadget terbaru dari Sony nie… Di saat manusia seluruh dunia dok heboh dan gila ngan produk smartphone, dan di mana pasaran dikuasai oleh jenama Samsung dan I-Phone, Sony kembali dengan satu produk yang unik dan terkini…

Sony Xperia Go, produk kalis air dan debu yang mungkin boleh dikatakan product yang pertama seumpamanya yang terdapat dalam pasaran. Dengan ciri-ciri itu, terutamanya kalis air, produk ini tiba-tiba menjadi perhatian kerana ianya merupakan sesuatu yang baru…

Bayangkan kembali saat-saat seperti di atas…. memang amat melegakan kerana ianya Xperia Go. Andainya ianya Samsung Galaxy Note atau Samsung Galaxy SIII atau ianya I-Phone, tentu-tentunya boleh dibuang dalam tong sampah bila situasi di atas terjadi…

Bayangkan jugak anda melepak dengan kawan-kawan, minum di kedai kopi. Dalam hilai tawa melayan cerita dan gelagat lucu masing masing dan keadaan tiba-tiba menjadi luar kawalan, lalu tertepis himpunan gelas berisi minuman yang terletak di atas meja, tertumpah di atas smartphone.

Pastinya anda bersyukur kerana ianya Sony Xperia Go. Apa yang anda perlu lakukan cuma basuhkan smartphone anda itu tanpa perlu risau kerana ianya Sony Xperia Go…

Hrmmm !!! Realiti ker fantasi nie ???

Macam tak caya kan????

Dengan hanya di bawah RM1,000-00 anda sudah mampu untuk memiliki, bukan hanya smartphone tapi smartphone yang kalis air dan ianya sudah pasti Sony Xperia Go….

Memiliki processor 1 GHz Cortex-A9 Dual Core, mampu memberi saingan kepada lain-lain jenama yang sama kategori dengannya.

Nak citer banyak pun tak guna…. nak tau, tengok ler sendiri..

Dah tengok ??? Puas hati ??? Tangkap la satu, baru siokkkk !!!

Adik aku dah tangkap satu, pasal tu lah aku pun tengah dok giler kat Sony Xperia Go nieee… Cuma…. ongkosnya yang tiada…hhahahaaa !!!

p/s : Yang nie, skrinnya kecik sikit, 3.5 in ajer, kalau nak yang besar sikit (4.3 in) dan ada ciri kalis air nie, boleh lah sambaq Sony Xperia Acro S… Harganya pun besar lah sikit… RM1,699.00

Apa pun, tepuk dada, tanya selera, selak poket…..

5 comments

  1. Pingback: Xperia Go atau Xperia Sola ??? | Blog @ Bujang3
  2. sony hampeh..

    mmg hampeh…betul phone sony…pakai tak sampai 1 tahun kena hujan air dah masuk n tk blh claim plk tu…penipu betul..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s