Bulan Ramadan bulan rezeki..

image

Ucapan Salam untuk semua umat Islam tak kira di mana berada !!!!

Dalam bulan Ramadan yang mulia nie, ramai antara kita yang mempertingkatkan amal ibadat demi mencari keredhaan Yang Maha Esa..

Alhamdulillah !!!

Sesungguhnya bulan Ramadan yang sedang kita tempuhi sekarang ini adalah bulan yang mulia, penuh keberkatan dan tak keterlaluan juga kalau dikatakan sebagai bulan rezeki..

Sana-sini, kita lihat, bazaar Ramadan penuh dengan peniaga-peniaga juadah untuk berbuka puasa…

Aku pasti, di mana-mana saja adanya bazaar Ramadan, pasti keadaan akan menjadi sesak dengan kenderaan dan orang ramai…

Berpusu-pusu lautan manusia yang meninjau-ninjau juadah yang menjadi tarikan di bulan puasa ini.

Rezeki buat peniaga-peniaga, melimpah ruah berkat sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak…

Begitu juga dengan peniaga kedai runcit, tak kira samada yang berugama Islam atau bukan Islam, tetap merasai kesan pertambahan rezeki di bulan yang mulia ini.

Memang bulan rahmat untuk semua…

Dalam diam tak diam dah hampir dua minggu kita berpuasa….

Tak lama lagi, dah nak menyambut raya pulak…

Sikit-sikit lagi, tentunya orang ramai mula memenuhi segenap pelusuk pasaraya untuk membeli belah sebagai persediaan menyambut raya….

Juga menjadi rezeki kepada pengusaha pasaraya…

Kat mana-mana pejabat pulak, dah ramai agen-agen yang menjual kuih raya sebagai sumber rezeki tambahan. Penuh dengan sampel-sampel kuih yang dijaja ke segenap sudut pejabat…

Sebenarnya aktiviti sampel kiuh nie dah mula sebelum puasa lagi dah… masa tu, masing-masing sibuk merasa setiap jenis kuih yang dijaja oleh agen-agen ini tadi…

Mana tahu, ada yang sedap pada lidah masing-masing.

Bolehlah dibeli sikit-sikit untuk dibawa pulang ke kampung berhari raya… At least, ada la buah tangan… idak ler balik tangan kosong jer….

Yer tak, Mak Temah ooi !!!!

Kalau nak cerita pasal rezeki tambahan nie, memang banyak sangat… Ada gak yang mengambil kesempatan menjual tudung.. macam-macam jenis tudung yang ada dalam pasaran sekarang nie… sebut jer…

Aku memang tak tahu ler nama-namanya.. dah banyak sangat….

Apa pun…  dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan Aidil Fitri nie, jangan la pulak, kita mula bersekongkol dengan syaitan.. Kan membazir tu satu dari amalan syaitan….

Jadi, berwaspadalah… jangan sampai membazir, yerr !!!!

Wassalam…Tepuk dada tanya selera (tanya saja tu, jangan terus berbuka plak… kenalah tunggu waktu berbuka dulu yer…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s