Keyboard dah jahanam! !!!

image

Jahanam !!!

Dah lama gak aku sedar yang beberapa key pada keyboard laptop aku dah tak berfungsi…. yang penting plak tu… sebaris!!!! Start dari “backspace”, ” \ “, “enter “, ” up arrow ” dan ” down arrow “.

Kalau setakat up dan down arrow tu aku tak heran sangat… Kena kat “backspace” ngan “enter”, tu yang buat aku pening kepala… nak buat apa kerja pun susah…

Pagi nie… kerana tak puas hati, aku kopakkan semua “key” yang tak berfungsi tu…. konon-konon nak cuci ler… dah tu… masih tak boleh gak… nak try pasang balik dah tak boleh lak… maka dengan rasminya, kompom ler dah jahanam… Terpaksala aku pinjam keyboard dari desktop aku…. sedang aku menaip “entry” nie pon menggunakan keyboard desktop… cam gambar kat atas tuuuu !!!! huhuhuhuuuuu !!!!

Semalam aku dah tanya kat kedai komputer… dia nak RM180 untuk tukar keyboard yang rosak tu…

Hrmmm !!! Tunggulah dulu…

Banyak ngat benda dalam kepala buat masa nie…

Yang terdekat…

Nak mengadap bulan posa !!!!

Nak mengadap raya !!!!

Mana ngan insurance motor lagik !!! Insurance motor pun kurang-kurang RM2++.00 gakssss !!!

Nak buat major service Exora lagik !!!!

Kopakkkkssss !!!!

Nampaknya kena cari external keyboard la… Masa kat Pikom ari tu, aku ada nampak diorang jual external keyboard yang boleh lipat-lipat tuh…. aku hingat, nanti nak kena carik la jugak…. tak tau la pulak berapa harganya…

Hrmmm…

Apa pun, kena tengok budget jugak dulu…

Macam-macam hal plak yang menimpa….

Nasib badaaannn !!!

Redho ajer laaaa…

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s