Elakkan mengantuk waktu memandu…

image

Sedang memandu????

Mengantuk???

Memang biasa kalau seseorang sedang memandu rasa mengantuk. Mungkin atas faktor keletihan, kurang tidur di malam hari, jarak perjalanan yang jauh, kebosanan sendirian atau apa saja alasan yang munasabah. Itu dah jadi kebiasaan.

Semestinya rasa mengantuk sewaktu memandu, mengundang bahaya sekiranya tak mampu menahan diri dari tertidur ketika dalam pemanduan.

Bahaya kepada diri sendiri.

Bahaya kepada orang lain…

Kerana, ini akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kemalangan..

Mohon dijauhkan…..

Berbagai cara yang dilakukan oleh golongan pemandu bagi mengatasi masalah ini… Bagi pemandu yang merokok, tentunya akan meng”asap” kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan. Bagi perjalanan jauh, mungkin akan habis sekotak rokok dinyalakan untuk mengekalkan tahap kesedaran ketika dalam perjalanan.

Ada juga yang mengambil petua, memakan gula-gula… mungkin bagi aku, tidaklah sesuai untuk berterusan memamah gula-gula, kerana masalah diabetes yang dihidapi. Yang tiada masalah kesihatan, mungkin juga boleh menggunakan kaedah ini.

Suatu ketika, bercerita tentang masalah mengantuk ini, rakan baik aku pernah mengusulkan untuk aku membeli sesuatu yang boleh dikunyah. Dengan aktiviti mengunyah, katanya, dapat menghilangkan perasaan mengantuk, mungkin kerana kita sentiasa perlu melakukan pergerakan (mengunyah), maka dengan sendirinya perhatian kita lebih kepada aktiviti mengunyah itu sendiri daripada perasaan mengantuk yang menyelubungi.

Mengikut pada teori itu, aku mencubanya sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil adik aku pulang dari UUM, Sintok, Kedah (tamat pengajian) tempohari.

Dan, aku memilih kuaci(bahasa mudah ; koci) sebagai bahan untuk dikunyah sepanjang perjalanan. Kacang pun mungkin sesuai untuk kaedah ini…

Memang berkesan…

Alhamdulillah… Perjalanan aku ketika itu terhindar dari perasaan mengantuk… Memang terlalu asyik dengan aktiviti makan koci tu…. Tapi…. jangan sampai hilang perhatian pada jalanraya sudahlahhhhh…

Selamat mencuba….

Korang pula bagaimana ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s