Sekolah makin mengada-ngada!!!!

Betuuuulll! !!!!!

Memang pihak sekolah melalui PIBG makin mengada-ngada…. Malah makin menjadi-jadi songehnya….

Bila saja aku terima pekeliling dari pihak sekolah melalui anak kembar aku tempohari, darah aku dah mendidih…

Mana taknya, kita nie luruslah ingat kerajaan ikhlas membantu meringankan beban persekolahan anak-anak kita.

Waktu diumumkan yuran persekolahan dimansuhkan, kita bersyukur dan memuji-muji, keprihatinan pihak kerajaan terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat terutama dari kelas sederhana dan bawahan.

Begitu jugak masa diumumkan bantuan persekolahan, RM100.00 setiap anak… Kita bersorakkk… Kita bersyukur….

Alhamdulillah…

Ringan sikit beban kita…

Aleh-aleh, dapat pulak surat pekeliling suruh bayar “bayaran tambahan” yang dengan bangganya pihak sekolah dan PIBG maklumkan ianya telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan….

Kalau camtu….

Lain kali…

Masa nak umumkan bantuan persekolahan cakap terang-terang.. Katakan bahawa wang RM100.00 untuk persekolahan ini hanya sebagai pinjaman sementara sahaja…

Pertengahan tahun nanti akan diminta supaya ibubapa membayar balik dlam bentuk “bayaran tambahan”..

Dok gituuu…

Barulah terserlah, niat dan bantuan yang hipokrit tu…

Barulah rakyat faham..

Boleh menilai sejauh mana keikhlasan pihak kerajaan nie…

Dah gitu… Akhirnya, aku sejuk la sikit hati nak bayar, sebabkan ingat pasal persekolahan anak-anak…

Aleh-aleh, nak suruh pulak bayar yuran PIBG untuk setiap anak….

Sebelum nie, yuran PIBG cuma bayar sekali ajer untuk setiap keluarga tanpa mengira bilangan anak…

Nie la dikatakan diberi betis nak peha….

Makin mengada-ngada….

Bikin hati panas jer….

Aku yang dah mendidih, terus call ke jabatan pendidikan negeri untuk penjelasan..

Ternyata pihak jabatan tidak pernah membenarkan kutipan yuran PIBG untuk setiap murid…

Bila aku contact pihak sekolah, mereka pulak tanpa segan silu, melalui penolong kanannya, mengakui mengutip bayaran itu untuk setiap murid walaupun mengetahui yang pihak jabatan tidak berikan kebenaran…

Bagaimana pihak sekolah nak menerapkan nilai murni kepada pelajar sekiranya pihak sekolah sendiri engkar arahan pihak atasan….

Hrmmmm….

Hati masih panas…

Mendidih…

Sekolah memang sah makin mengada-ngada…..

Janganlah disamakan dengan kemampuan guru-guru… Mereka memangla mewah.. Semuanya kerajaan dah bagi…

Gaji pun dah naik berkali ganda… Tak kesahlah bagi mereka….

Tapi kami? ???

Aku bukan dengki… Tapi fahamilah keadaan orang lain… Jangan main sedap mulut ajer..

Lain kali, fikirkan jugak masalah orang lain….

Mengada-ngada sungguhhhh!!!

7 comments

  1. samdaddycool

    Pihak sekolah kena fikirkan lebih dalam, bukan semua ibu bapa mampu, apatah lagi yang berpendapatan sederhana + bilangan anak = separuh team bola (bersekolah)

    • bujang3

      betul tu sam…. tapi biasanya depa dah tak pikir bab orang lain dah… tu yang makin pedih tu…. bila aku selidik ngan Jabatan Pendidikn Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, rupanya bayaran tambahan tu bukanlah wajib, ianya hanya wang sumbangan… yang peliknya, pihak sekolah dan pibg yang hipokrit, dan menyembunyikan fakta, tanpa memberitahu hal yang sebenar… terus minta ajer disebalik tajuk bayaran tambahan dengan tujuan untuk mengelirukan….
      Kalau seorang anak RM50 @ ada sesetengah sekolah hinggakan RM150.00 malah lebih, bayangkan kalau separuh team bola, macam yang ko cakap tuhhh…

  2. Aza

    Salam, Saya cikgu. Saya punya anak kecik lagi. Belum bersekolah pun. Tapi saya amatlah faham perasaan ibu bapa yang mengeluh pasal bayaran itu dan ini.
    Percayalah kami cikgu2 pun berat hati nak minta duit tapi kami cuma pelaksana. Apa yg berlaku dalam situasi awak skrg ni sebenarnya Jabatan tak boleh buat apa2.
    Kalau awak komplen pun akan kalah. Sebabnya pihak PIBG akan lawan balik dengan ayat “kenapa awak tak datang mesyuarat kalau tak puas hati dengan jumlah sumbangan yang dah ditetapkan? Kami boleh tunjuk minit mesyuarat dan kehadiran ahli”
    Jadi moral cerita ni, adalah amat penting ibu bapa hadir mesyuarat tu. Bangkang la apa yang patut masa tu. Baru awak boleh menang.
    **sekadar membantu**

    • bujang3

      Terima kasih atas pandangan… Saya sebenarnya bukan nak serang golongan guru secara peribadi cuma ada sedikit kekecewaan dengan keadaan yang berlaku sekarang nie terutama rasa tertipu dengan tindakan kerajaan terutamanya yg ibarat memberi tangan kanan dan meminta tangan kiri… Lagipun, saya cuma sekadar nak lepas geram ajer… Mungkin saya tak boleh menang tapi yg penting hati puas… Apa pun.. Ikhlas… Terima kasih atas komen tu…

      • adamfaiz

        kalau pergi mesyuarat PIBG pun belum tentu dapat settle … sebab yang sokong lagi ramai dari yang bangkang… yang sokong sudah tentu golongan yang berduit…

        • bujang3

          Memang betul sangat.. Aku setuju… Itu la maksud aku… Yg dok giler setuju tu kena pikir la sama golongan yg bangkang tu.. Mgkn depa ada masalah duit…

  3. bujang3

    Alhamdulillah !!! Perkembangan terbaru yang diterima, sekolah dah mula bagi surat kepada ibubapa untuk mengambil kembali duit yang telah terlebih bayar itu…. Ramai ibubapa yang mula bersuara tentang hal ini yang menyatakan pendapat masing-masing yang rata-rata menyokong pengembalian wang tersebut (namun cuma dibelakang tabir laaaa.)

    Aku ???

    belum pergi ambil lagi pun…

    Kemudian-kemudian laaaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s