EXORA, Masalah dan Warranty !!!!

1. Masih bercuti..  Sempena perkahwinan anak saudara.. Langsung sambung untuk cuti Mandatory yang mesti diambil oleh setiap staff di tempat kerja.

2. Gi bayar bil air… dah sebulan sangkut… nanti tak pasal-pasal kena potong plak… Haruuu…!!!

3. Dah terlanjur bercuti, terus gi kedai tayar…. buat alignment & balancing, sambil tu periksa tayar tu… Angin selalu kurang… mesti ada something yang tak betul…

4. Betul lah tu…. rupa-rupanya ada paku terpacak kat tayar… bukan kat satu tayar jer… dua tayar pulak tu… satu tayar depan, satu lagi tayar belakang… dua-dua di sebelah pemandu…

5. Sambil tu, aku tukar silang tayar… depan ke belakang… belakang ke depan… Orang kata kalau nak tahan lama (lambat botak), buat camtu setiap 6 bulan… Aku ikut ajer…

6. Masa dalam proses tu, nampak tayar belakang dah makan sebelah dalam… Aku ingat boleh ler buat alignment kat tayar belakang… Baru aku tahu, yang kebanyakan kereta, terutama MPV, memang tak boleh buat alignment tayar belakang…

7. Abih tu camna ??? Kalau teruk sangat, kena tukar rear axle, kata mamat yang buat alignment tu…

8. Nak jadik, lagi malang… absorber belakang sebelah penumpang pulak bocor… Nak tukar ker ??? Tak payah!!!! Nanti aku claim warranty

9. Siap proses alignment dan balancing…. terus gi pusat servis Proton yang biasa.. Alamakkk !!! Dah berpindah la pulak….

10. Cari pusat servis lain yang berdekatan.. Cerita masalah absorber bocor dan alignment tayar belakang yang dah “lari” tu…

11. Isi borang claim, tukar absorber dan ada beberapa improvement work yang diorang buat kat EXORA aku.. Dan akhirnya dapat jugak car-jack yang pihak Proton suruh tukar ari tu..

12. Rear axle tu (masalah makan tayar belakang) kena order barang dulu… Mungkin minggu depan baru boleh tukar… Diberitahu, kos nak tukar sendiri rear axle tu lebih dari RM1,000-00. Nasib baik masih under warranty.. Tukar jer la…

13. Bagi kali pertama di pusat servis yang baru nie, aku berpuas hati la… lain kali tak tahu la pulak…

14. Setakat nie, dah hampir setahun setengah, dah banyak gak claim yang aku buat… Tak per laaaa.. bayangkan kalau kena tukar sendiri….

Ngeriiii !!!

@@@ Untuk anak saudara aku yg mungkin terbaca artikel kali ini, diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU… Semoga berbahagia hingga ke anak cucu…dan selamat melayari kehidupan berumah tangga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s