Gerak Gempur Mydin !!!!

MYDIN MERU RAYA dibuka semalam !!!

Tak pergi pun…

Sebab, yakin akan sesak dengan lautan manusia yang pastinya akan berpusu-pusu memenuhi segenap ruang satu lagi pusat beli-belah yang bakal menjadi mercu tanda  di bandaraya Ipoh ini.

Begitulah gelagat manusia… Setiap sesuatu yang baru, pasti akan menarik minat semua untuk datang dan melihat-lihat keadaan sekitar.

Baru-baru ini, Giant Bercham menjadi pusat tumpuan masyarakat Ipoh.

Kali ini giliran Mydin pula untuk mendapat perhatian.

Hari ini, aku pula melakukan tinjauan dengan anak dan isteri.

Memang ramai… Penuh dengan berbagai lapisan masyarakat dan bangsa… Sesungguhnya aku bersyukur kerana Malaysia negara yang aman… Berbagai bangsa bebas untuk bersama-sama menikmati pembangunan demi pembangunan yang berlaku dalam bumi Malaysia ini.

Walaupun, kunjungan yang ramai, namun dek kerana Mydin Meru Raya yang begitu besar dan luas, memungkinkan kami sekeluarga bergerak bebas untuk melihat-lihat kawasan sekeliling.

Sungguh berbeza dengan Giant Bercham yang baru dibuka tempohari… Di Giant… sewaktu hari pembukaannya, kami hampir tak boleh bergerak bebas, kerana kawasan dalamannya yang sedikit sempit… Tidak di Mydin… Luas gillerrr !!!

Boleh bergerak bebas. Bebas bak burung terbang…. Hehehee !!!

Tapi… Kalau dah ramai, yang lecehnya, masa nak buat pembayaran… Belinya tak seberapa, menunggu giliran untuk membayarnya yang lama….

Apa pun… MYDIN Meru Raya memang luas….. Kalau nak dibandingkan dengan AEON Station 18, tak pasti la pulak, sebab aku belum pernah jejak kaki kat sana… Entah kenapa, tak berapa menarik minat aku….

Masing-masing punya selera la kannnn !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s