Bantuan Persekolahan dan Bayaran Tambahan !!!!

Alahai ….. !!!!

Memang bersyukur bila kerajaan isytiharkan bantuan RM100.00 sebagai bantuan persediaan persekolahan untuk anak-anak kita yang diberikan melalui pihak sekolah pada akhir tahun 2011 yang lepas…

Tambahan pula, yuran persekolahan dan yuran peperiksaan pun dah dimansuhkan…

Alhamdulillah !!!

Memang banyak membantu dan meringankan beban rakyat, terutamanya bagi ibubapa dalam golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana yang mana sekarang ini kalau tak silap Bujang, takrifnya adalah seperti berikut :-

miskin adalah golongan berpendapatan di bawah RM900.00

berpendapatan rendah adalah golongan yang berpendapatan sehingga RM1,500.00

manakala takrif bagi golongan sederhana pula adalah golongan yang berpendapatan sehingga RM3,000.00

*** takrif diatas adalah sekadar pandangan Bujang3 sahaja berdasarkan keadaan semasa.

Bagi golongan sederhana yang mempunyai pendapatan RM3,000.00 pun, pasti merasa tertekan dengan keadaan harga barang yang meningkat naik, tambahan pula yang mempunyai anak yang bersekolah lebih dari 2 orang.

Sekarang nie pula, pihak sekolah dah mula berebut-rebut untuk mengutip duit dari para ibubapa dengan alasan bayaran tambahan.

Dan, pastinya yang Bujang tak faham adalah pihak kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, yang beria-ia, melaung-laungkan ingin meringankan beban tanggungan persekolahan anak-anak bagi rakyat seluruhnya, akhirnya membenarkan pula pihak sekolah untuk membuat kutipan sebegini.

Ada pihak sekolah yang menuntut setengah daripada nilai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan tempohari, malah ada pula sekolah yang menuntut hampir seratus peratus dari nilai tersebut.

Bagi golongan yang berada, mungkin nampak perkara ini seperti melambangkan ketidakprihatinan ibubapa dalam hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak….

SEBAB…

Bagi golongan berada, tidak merasa beban dan kesusahan untuk menyediakan antara RM50.00 dan RM100.00 seperti yang dirasai oleh orang lain Malahan pada bila bila masa sekali pun, mereka boleh membayarnya…. ibaratnya…macam petik jari ajer…

Pernah, Bujang terdengar perbualan…

” Alaaaa, takkan RM50.00 pun tak ada kottttt !!! “.

Bagi Bujang, orang yang berkata sedemikian adalah orang yang bongkak dan jelas menghina taraf kehidupan orang lain…

Kebetulan, rezeki yang Allah berikan padanya melimpah ruah, maka sewenang-wenangnya, memandang rendah pada orang lain, yang semestinya kita tak tahu keadaan dan masalah keluarga mereka.

Bayangkan, sekiranya Allah yang Maha Besar, dan Maha Pemberi Rezeki, menarik balik kemewahan yang telah dikurniakan akibat dari perasaan bongkaknya itu, bagaimana agaknya dia nak membayar atau menyediakan RM50.00 @ RM100.00 seperti yang dikatakan itu.

Waktu itu, mungkin mereka yang bongkak ini akan memahami, bahawa selama ini, memang  ada golongan yang kurang mampu menyediakan wang untuk melunaskan bayaran tambahan yang sememangnya luar dari “budget” yang sedia ada.

Berbalik kepada pihak sekolah yang menuntut bayaran tambahan itu pula, andai telah dibenarkan pun oleh pihak kementerian untuk membuat sebarang kutipan, berilah masa secukupnya bagi ibubapa mengikhtiarkan sesuatu bagi menjelaskan bayaran tersebut.

Memang ada, sekolah yang meberikan masa yang munasabah…

Alhamdulillah !!!

Tapi, janganlah pula, diugut dan didesak, anak-anak supaya menggesa para ibubapa membuat bayaran segera. Ada pula, guru-guru yang mengugut anak-anak dengan berbagai cara…antaranya

” kalau tak bayar, tak boleh dapat kertas periksa…”

“kalau lambat bayar, nanti tak boleh masuk periksa…”

Ada juga guru yang mengambil tindakan untuk menampalkan senarai nama anak-anak yang belum menjelaskan bayaran tambahan tadi, di depan pintu masuk kelas….

Selepas itu, mengeluarkan kata-kata berupa sindiran kepada anak-anak murid yang belum menjelaskan bayaran tambahan itu.

Jelas… perbuatan sesetengah guru itu, tidak beretika langsung.

Bujang mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh guru-guru seperti ini.

Kesian kat anak-anak kerana menjadi mangsa keadaan, sehingga ada yang takut nak ke sekolah sebab diganggu oleh guru-guru yang tak bertanggungjawab tadi…

Itu lah dia yang terjadi….

Antara Bantuan Persekolahan dari kerajaan dan Bayaran Tambahan yang dituntut pihak sekolah yang berselindung disebalik nama PIBG.

Kekadang terfikir pulak, ikhlas ke pihak kerajaan, dalam tindakan yang dicanangkan sebagai membantu rakyat, kerana dimana akhirnya, rakyat yang dibantu tadi diminta pula menjelaskan bayaran yang diberi nama “Bayaran Tambahan”,

Ini adalah Bayaran Tambahan… bukannya yuran persekolahan, kerana yuran persekolahan telah kita mansuhkan untuk membantu rakyat keran kita memang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat…!!!”

Mungkin itulah yang difikirkan oleh pihak kerajaan bila meluluskan permohonan pihak sekolah untuk membuat kutipan Bayaran Tambahan....

Ermmm !!! Kalaulah begitu….

Lu Pikir La Sendiri….

Chow !!!

Luahan perasaan dari Bujang3...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s