Formula “if” dalam excel…

Berbagai cara untuk kita menyimpan data dalam komputer.

Ada yang gemar menggunakan words, excel dan bagi mereka yang lebih mahir, mungkin suka menggunakan access.

Tak kira apa pun, akhirnya, semuanya terpulang kepada cita rasa masing-masing.

Aku memang minat dengan excel. Lagi pula, buat masa ini pengetahuan aku cuma terhad kepada excel, maka itu aku hanya menggunakan sepenuhnya apa yang aku tahu.

Bagi aku, excel banyak membantu dalam memudahkan kerja.

Dengan excel, kita tak perlu lagi untuk mengira secara manual. Semuanya boleh diformulakan…

Juga boleh mempercepatkan kerja-kerja mengemas-kini data kerana data boleh dilinkkan kepada tempat yang memerlukan data yang serupa… Dapat mengelakkan dari mengisi data berulangkali.

Kita juga dapat memberikan arahan kepada komputer untuk membuat pilihan bagi pihak kita tentang sesuatu maklumat mengikut kehendak atau piawaian yang kita tentukan.

Ini dapat kita lakukan dengan penggunaan formula “if” dalam excel.

Sebagai contoh :

=if(A1+B2>5,”BETUL”,”SALAH”)

*** perhatikan, bahawa tanda “=” perlu digunakan setiap kali hendak menaip sesuatu formula.

**** perhatikan juga, tanda “(” dan “)” digunakan setelah penggunaan if...

Dalam bahasa mudah, formula diatas membawa maksud, sekiranya nilai dalam cell A1 dicampurkan kepada nilai dalam cell B2 melebihi nilai 5, maka isikan perkataan BETUL di cell yang ditaip formula ini* dan sekiranya kurang dari nilai 5 maka isikan dengan perkataan SALAH.

*Sekiranya formula ini ditaipkan di cell C5, maka keputusan dari formula itu akan terhasil di cell C5.

Cubalah isikan formula ini di cell C5, dan kemudian isikan sebarang nilai di cell A1 dan B2… Kemudian, tukarkan dengan nilai yang lain pula..

Perhatikan apa yang terjadi… Mungkin kita lebih faham penggunaannya…

Selamat mencuba !!!!!

2 comments

  1. adamfaiz

    excel ni banyak giler features dia… kalau buat satu tutorial sehari pun, jenuh gak nak habis.. memang menyenangkan kerja… Apa kata ko buat pasal vlookup plak… ?

    • bujang3

      Betul tu… Memang banyak giler features dia…. Tapi kalau dah dapat paham 4 @ 5 pun dah dapat memudahkan kerja…
      vlookup? ??? InsyaAllah… Mungkin boleh jugak suatu masa nanti…
      Apa pun, vlookup nie memudahkan untuk mencari maklumat dalam table yang kita buat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s