Orang Kerajaan Naik Gaji Lagi, Swasta Apa Cer ???

Alhamdulillah !!!!

Rezeki bertambah-tambah buat mereka yang berkhidmat dengan kerajaan.

Naik lagikkkk  13 %, tambah gah lagik COLA pun turut naik….

Sekali lagi…. Alhamdulillah…

Bujang3 bukan iri atau dengki dengan berita itu malah tumpang gembira bagi pihak orang-orang kerajaan…. Memang dah tepat masanya kenaikan yang diumumkan itu, tambahan pulak dengan keadaan ekonomi RAKYAT yang semakin terjejas masa kini… Elok benarlah langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan kita MALAYSIA..

SYABAS !!!

Tapi….

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak

Janganlah dilupakan dan diabaikan pulak, kami, pekerja swasta yang juga merupakan RAKYAT di bumi MALAYSIA ini… Kami juga merupakan rakyat yang memerlukan perhatian dari Dato’ Seri, supaya kebajikan kami turut diambilkira dan dipertimbangkan sewajarnya….

Harapan Bujang3, semoga isu gaji minima yang selama ini diwar-warkan, dapat diselesaikan dan diumumkan secepat mungkin. Moga berita dan keputusan yang bakal dibuat juga menggembirakan RAKYAT MALAYSIA dari sektor swasta.

Telah dinyatakan sendiri oleh Dato Seri, dalam siaran berita sebentar tadi, mungkin pengumuman tentang gaji minima ini akan dibuat pada 1 MAY 2012, sempena Hari Pekerja..

Kami sentiasa berdoa agar berita yang ditunggu-tunggu ini bakal menggembirakan, seperti kegembiraan yang sedang dirasai oleh pekerja sektor kerajaan sekarang ini…

INSYA-ALLAH !!!

Bujang3 rasa, semua rakyat pasti bersetuju, tidak mengira samada orang kerajaan atau swasta, memang tertekan buat masa ini dengan kos kehidupan yang melambung naik dan semakin menjadi-jadi.

Dan, seperti dah menjadi trend pula, setiap kali gaji kerajaan naik, maka harga barang juga tidak mahu ketinggalan, ikut naik sama. Dan bayangkan lah, ketika gaji kerajaan naik 30% dahulu, harga barang dah melambung.

Ketika itu, bagi pekerja swasta ( yang tidak menikmati kenaikan gaji ), amat terasa kesannya. Yang susah, bertambah susah, yang dah sedia perit, makin bertambah-tambah perit lah jawabnya.

Sekarang !!!!

Gaji kerajaan naik lagi….. (bukan dengki, ramai jugak sanak saudara Bujang3 merupakan pekerja kerajaan). Dah sah-sah, harga barang akan turut melambung. Rasanya, pasti, tak mampu pihak kerajaan nak mengawal atau mengekang kenaikan harga barang seperti contoh yang telah berlaku dimasa-masa lalu, setiap kali kenaikan gaji pihak kerajaan.

Bujang3 juga berharap pihak Dato Seri dapat campurtangan dalam rundingan antara majikan dan pekerja swasta, kerana pada amatan Bujang3, pihak majikan seperti tidak mempedulikan kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja.

Diharapkan, semoga dengan campurtangan dan keperihatinan Dato Seri, dapat menyelesaikan banyak perkara, terutama yang melibatkan kenaikan gaji, khasnya. Sekurang-kurangnya dapat menampung kos kehidupan yang telah sedia tinggi.

Harapan kami, RAKYAT MALAYSIA, bukanlah untuk menjadi kaya-raya dengan kenaikan gaji itu nanti, cukuplah sekadar, kami, RAKYAT dapat hidup sedikit selesa.

Walaupun sudah ramai yang telah berpatah hati mengharapkan campurtangan dari pihak Dato Seri, namun Bujang3 masih tetap menaruh penuh harapan ……..

INSYA-ALLAH !!!

AMIN !!!

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s