Temperature Sensor (Thermo Amp) Exora !!!

Kurang sejuk ???

Apa ada hal !!! Adjust aircond temperature sampai maximum.

Ok, dah sejuk ..

Lama-lama, entah kenapa, terlampau sejuk pulak dah.

Selang agak-agak lebih setengah jam, angin yang keluar dari aircond vent tu dah tak kuat.. udara kat dalam kereta dah makin panas… Tetiba pulak, keluar asap (wap air) dari aircond vent tu…

Hah… sudahhh !!!

Apahal lak nie ??

Baru masuk 9 bulan, dah buat masalah pulak aircond nie !!!!

Relax… Keep cool bro (dlm hati untuk melegakan perasaan).

Sebelum bawak gi pusat service, surf internet dulu. Mana tau kot ada sedikit panduan tentang hal berkaitan… Mungkin boleh buat sendiri !!!

Jumpa la satu tips supaya mencuci air filter. Mungkin filter dah penuh habuk, pasal tu angin dari aircond vent tu tak kuat… masuk akal gak.. apa pun try dulu ler.

Dah cuci aircond filter (cabin filter) tu. Angin bertambah kuat. Memang sejuk gilerrr.. Sampaikan rasa macam dalam peti ais.. beku !!!

Tapi… masalah masih tak selesai… Kena minta bantuan ler nampak gayanyer…

S.O.S. !!!! Saya Orang Susah !!!

Gi pusat service untuk complain tentang masalah tu. Senang jer doktor kereta tu diagnose.

” Dah selalu terjadi… kalau masalah cam nie, kena tukar thermo amp jer bang !!! Tak per lah, kita claim warranty.. barang dah sampai nanti kita tukar !!!”

Lega !!! At least dah tahu apa masalahnya.

Tiba masanya. Gi ke pusat service untuk gantikan thermo amp tu.

Kedudukan thermo amp tu dekat blower belakang panel suiz dibawah dashboard.

Memang susah gak nak buka dan gantikan dengan yang baru. Tapi memang respect la ngan mamat yang buat kerja tu… Memang sabar dan cool jer… tak sampai sejam.. settled.

Kedudukannya di bawah dashboard

Cover dan tombol gear perlu dibuka untuk mendapatkan sedikit ruang.

Ruang yang sempit menyukarkan sedikit kerja membuka thermo amp.

Thermo amp yang rosak (PATCO)

Beginilah rupa temperature sensor tu...

Setelah diganti (tanpa sebarang kos – sebab masih dalam warranty). Aircond kembali seperti sediakala.

Alhamdulillah !!!!

28 comments

  1. Boon Ng

    bujang masa yg diambil untuk baiki…berapa lama??
    sebab kereta aku pun masaalah sama…kat Eon workshop kata tak ada sparepart…kena tunggu dan masa diambil untuk baiki ..2 hari..

    • bujang3

      Sorry lambat reply… Dah lama tak tengok blog…. Depa buat kerja merepair @ tukar thermo amp tu tak lama.. Amik masa tak sampai sejam. masuk masa menunggu giliran, mungkin sejam lebih jer.

  2. yus

    problem exora aku pun camtu jgk.. bl kete berenti je air cond xsejuk..bl gerak sejuk plak..antor kt proton servis manjung dia cuci air filter yg kt bwh dashboard tu..tp air cond x ok jgk….

  3. hadisukaimi

    salam bro…. exora ku pn br jd camni la. diorang suruh hantar kt PATCO shah alam sbb SC x boleh buat. Rabu pagi ni appointment. Hrp2 semua ok sbb klu x raya ni masak la dlm keta….

      • hadisukaimi

        Alhamdulillah…pertukaran thermo-amp berjaya di lakukan tanpa sebarang masalah. now back to normal. ada sikit info dr pomen patco. diorang tgh study problem ni. mainly jadi kt exora. kemungkinan besar adalah di sebabkan system exora 2 blower. bila jarang bukak blower belakang masalah ni akan cepat jadi. masih dlm study…. sekian.

  4. zairol

    Adeh, ezolaku pun kena gak masaalah prblem neh.. Tgh tgu parts under waranty. Kata seminggu, ni dh hbs 2 minggu xcall2 pun lg. Hahaha.. Poton2..

    • bujang3

      Ermmm, tak tau la pulak berapa kosnya. Masalah nie memang selalu terjadi laaa… Member aku pun baru kena. Exora baru. Claim warranty tapi sampai sekarang barangnya belum dapat.

  5. abu

    Dah tahu Thermo amp tu adalah sensor yang mudah rosak yang dipasang kat belakang tu buat apa, nak tukar benda tu sampai kena tanggal semua apa hal, tu yang buat upah mahal tu kalau gerenti dah habis,

  6. Fuad

    Salam 1Malaysia…mohon bantuan dari sape2 yg sudi nk bantu…
    Mcm mane nk contact Patco Malaysia Berhad yg handel aircond system tu..??? Nk buat appoiment…..dh search kt google tp col x dpt2…

    SOS……

  7. Mr Mano

    salam Maulidur Rasul.. aku pun kena gak masalah thermo amp nie exora bold aku kalau perjalnan jauh tetiba aircornd tak sejuk bila berhenti ok plak.. dah check dgn proton SC nanti kena tukar thermo amp still under warranty..

  8. Adnan Muhammad Shukri

    AsSalam Semua. Raya Puasa Tahun ini Exora saya pulak kena thermo amps problem. Dah nak masuk 5 tahun baru jadi!! Terima kasih kepada kawan-kawan kat blog ni. Maklumat yang ada sangat membantu, Search internet semalam, hari ni dah dapat diatasi. DIY pasang sendiri jer thermo sensor tu!!

    Cerita tentang kos nak repair sangat menarik:
    Pertama sekali cari kedai kat Shah Alam, tanya pomen air-cond berapa harga nak settle pasal Air-cond tak cut-off. Anggaran dalam RM450 siap service. Kalau tukar air-cond valve boleh cecah RM600-/.. FUHH dahlah lepas raya!! Naya oo.

    Lepas tu, gerak cari kedai lain: Shah Alam jugak — Bila yakin pasal thermo amps jer buat tanya berapa kalau nak beli dengan kedai dia: RM200 satu. Original part dr Proton.

    Lari lagi, cari kat Sri Muda Sha, h Alam. Ada brader sorang tolong call supplier dia. Nak dalam RM120 satu, original part tapi tak ada warrantty. Tapi brader in cool, dia mintak saya cuci sendiri filter yg bawah dsahboard tu dulu. Kadang-kadang masalah air-flow jer. So balik cuci filter tu..tak jadi jugak.

    Teruskan cari dalam jam 12::00tghari, cari ikut internet jer. Semalam dah pergo PATCO Shah Alam yang dekat dengan kilang Good Year, tapi tutup. Pagi tadi pun masih tutup…mungkinkah masih beroperasi!!??

    Akhirnya, cari agent PATCO. Call yang kat Klang (bandar klang)…pendekkan cerita ada model bukan original.
    Part nama: PATCO WAJA Thermo-Amp. Kosnya campur GST RM63.60.
    Balik pasang sendiri..lama gak sikit pasal tak biasa.

    Alhamdullilah berjaya!! FUUHH….
    Terima kasihj kawan-kawan… jimat duit dimusim ekonomi kurang OK ni.
    Harap teruskan bantu kawan-kawan yang pakai PROTON ni.
    Terima kasih..

    • khairul

      salam semua….. encik adnan muhammad shukri. boleh tahu tak? bagaimana cara nak buka thermo amp tu. saya dah jumpa kat bawah dashboard. melekat kat satu board. main umpil mcm tu je ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s