Apakah Maksud Hidup Anda ?

Pertama sekali aku ingin berterimakasih kepada blog PakarHowTo kerana membenarkan header dari blog tersebut diletakkan disini. Begitu juga kerana membenarkan penggunaan tajuk yang serupa. Cuma ceritanya berbeza.

Kisahnya bermula begini.

Sedang aku membaca post di fb, terdapat satu link yang dikongsikan oleh seorang teman dizaman persekolahan aku dulu. Link tersebut membawa aku ke blog PakarHowTo dengan membawa tajuk Apakah Maksud Hidup Anda ? .

Satu persoalan dan isu yang aku rasa cukup menarik. Mungkin selama ini, kita jarang berfikir tentangnya atau mungkin tidak pernah langsung terlintas di fikiran.

Sambil aku membaca post tersebut, siap dengan sajak yang cukup menarik, aku kembali ke fb kepunyaanku. Rakanku tadi telah bertanya, samada aku telah temui jawapan kepada persoalan itu…

Terkejut sebentar.. terdiam… Jujur, aku pernah gak terfikir kepada soalan itu. Namun, diakhirnya tiada jawapan yang dapat aku berikan. Baik kepada sesiapa yang bertanya, mahupun kepada diriku sendiri…

Mengapa ????

Mungkin kerana aku takut menjadi seorang yang hipokrit… Biasanya, manusia cenderung kepada jawapan yang sekadar menyedapkan diri sendiri dan orang lain. Jawapan yang ala-ala baguusss, gitu…

Yang nyata atau benar, hanya tersimpan kemas dilubuk hati sanubari kita. Hanya kita yang tahu, walau tidak kita akui…

Hermmm !!!

Apakah Maksud Hidup Anda ?

Antara jawapan sedap didengar yang aku fikir akan diberikan ( bukan oleh orang lain, malah termasuk diri aku sendiri ).

Mencari keredhaan Allah yang Maha Berkuasa

Memang bagus sekiranya kita ikhlas dengan jawapan yang diberikan itu, Tanya kembali kepada diri, sejauh mana kita menjalani kehidupan mengikut garis panduan Islam dalam usaha untuk mendekatkan diri dan mencari keredhaan Allah.

Jujur kepada diri… Bagaimanakah cara hidup kita selama ini ???

Namun, bukanlah pulak terlambat untuk kita memperbaiki diri, menuju kehidupan ke arah keredhaan Allah.

Alhamdulillah !!! Syukur, kerana ada pihak yang telah membuka mata kita untuk berfikir kearah kebaikan.

Cukuplah menjadi orang yang bahagia dalam kesederhanaan

Selama mana kita sebagai manusia akan merasa puas dan cukup dengan segala yang kita miliki. Tidakkah nanti, akan timbul pula keinginan untuk menjadi kaya. Bila sudah kaya, tidakkah nanti akan meminta supaya bertambah kaya.. Sesungguhnya manusia tidak pernah puas dengan apa segala didunia ini.

Bayangkan, telah diberikan hujan oleh Allah Ta’ala, kita merungut… Telah diberikan kepanasan cahaya matahari pun kita tetap merungut.. Dimanakah yang boleh dianggap cukup oleh seseorang manusia ???

Begitulah dua antaranya. Mungkin ada lagi jawapan-jawapan standard yang tak terfikir oleh aku. Apa pun, terpulanglah kepada masing-masing.

Terima kasih kepada PakarHowTo atas persoalan yang dibangkitkan.

Renung-renungkan lah !!!

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s