Buah Ajaib – Tunjuk Langit.

Salam untuk semua…

Suatu ketika, aku di”diagnose“, menghidap diabetes.

Waktu itu, dunia aku jadi gelap… Kucar-kacir…

Takut nak makan, walaupun perut memang lapar gilerrr..

Masa tu, aku heran jugak… Camna orang lain yang senasib dengan aku yang telah di”diagnose”  menghidap diabetes, dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan.

Tak macam aku… Gempar jugak dibuatnya…. Maklum ajerlah, bacaan gula dalam darah ketika itu mencecah sehingga ke angka 18. Sejujurnya aku tak berapa pasti, nilai 18 itu sebenarnya… adakah sudah boleh dianggap diparas bahaya… atau bagaimana !!!

Makan ubat. Itu yang telah disarankan oleh doktor (bukan DrSinga, sebab belum pernah jumpa dialam nyata). Aku terima hakikat itu.

Mak aiii … dah makin banyak ubat yang perlu aku telan setiap hari… mana dengan ubat darah tinggi lagi… ubat kolesterol lagi… alamat kenyang ubatlah aku nie..

Dah jenuh aku makan ubat kencing manis nie… masih tak turun lagi kadar gula dalam darah… berlegar sekitar 13.6 dan 15.8 ajer… bila nak turunnya.. perut asyik lapar jer, menahan makan.. berpantang.. tapi tak mendatangkan hasil…

Frust… bukan setakat frust.. malah, frust gilerrrr..

Sambil tu.. Macam-macam yang rakan-rakan minta aku cuba makan dalam usaha mengawal keadaan kencing manis aku tu…

Daun Sentang…

Ulam-ulaman terutamanya petai….

Dah aku cuba.. tapi kalau nak cerita pasal daun sentang nie… pahitnya…. alahaiiii … Aku memang tak tahan makan benda-benda pahit nie… Akhirnya aku mengalah..

Seorang rakan pula mencadangkan supaya aku cuba pulak buah tunjuk langit… pernah jugak la aku dengar pasal khasiat buah tunjuk langit nie… Maka, suatu hari aku belilah untuk aku cuba…

Alhamdulillah… tak pasti adakah disebabkan oleh buah tunjuk langit tu atau tidak… tapi dalam minggu nie.. dua kali aku jumpa doktor, bacaan jatuh kepada 6.2 dan 5.1..

Percaya atau tidak ???

Ermmm !!! Entahlah.. tapi yang pasti aku masih terus mengamalkannya sehingga sekarang…

Bagaimana rupa buah tunjuk langit yang ajaib tu ???

Cara makannya ???

Untuk aku.. Aku pecahkan sehingga kecil-kecil dan aku telan seperti makan ubat… tapi kepada sesiapa yang tahan dan mampu, lagi bagus kiranya dapat mengunyah sebelum menelan…

Tapi AWAS …. jangan cakap aku tak warning…

PAHITTTTT !!!!

Dibawah adalah gambar buah tunjuk langit (ada jugak yang menggelarkannya SKYFRUIT) itu…

selepas dibuang kulit

Beginilah rupanya setelah dipecah-pecahkan sebelum aku telan seperti makan ubat…

Amacam…???

Nak cuba ???

21 comments

  1. suri

    salam..smoga bro bujang sihat harao kmbil aktif semula..risau bila salah sorg tman bloger diam rasa sunyi sungguh maya ni tnpa usikan..gurau huu..

    slmt kembali bro bujng..

  2. adamfaiz

    Ubat diabetes memang pahit giler… aku dulu selalu makan kerabu pucuk mengkudu atau bunga betik.. mak aku makan sebab dia diabetes…. aku belasah je.. hehehe sebab memang suka ulam-ulaman ni…

  3. Nasa

    Salam . Tumpang anya. Tak bahaya ke makan buah tunjuk langit ni. Kalau macam patawali tu kan kalau makan selalu boleh rosakkan hati….buah tunjuk langit tak merosakkan hati…

    • bujang3

      Ada gak terdengar citer pasal tu… buat masa sekarang nie aku dah kurang makan benda nie… cuma, sesekali kalau terasa macam dah makan manis banyak sangat, aku telan jugak sebijik dua… bab bahaya tu.. nampaknya kenalah ko tanya yang lebih arif…. tapi.. kalau ikutkan nasihat penjualnya… makan sebijik sehari ajer,,,,

  4. NORSAM

    Salam Semua Warga Malaysia…..sampai ini hari aku makan BUAT TUNJUK langit Campor dengan MAhkota Dewa dan Tongkat Ali…..jangan ceritalaa Pahit dan Payau Dia tu tapi yang aku rasa Badan FIT dan BERSTAMINA sesuai untuk BERSUKAN……so Cuma teman teman……BUAH TUNJUK LANGIT ni Ibarat TESTERTERON laa bagi aku POWER Gila….Semangat JANTAN Membara ler…..

  5. Jatt

    Ada pesaanan org org tua dulu yg katanya, jangan terlalu kerap ambil buah tunjuk langit ni (maksudnya jumlah yang banyak dan berterusan setiap hari). Memang buah ni sangat bagus utk pesakit kencing manis, gout, hi kolestrol dan beberapa jenis penyakit lagi. Doktor dari negara barat pun dah buat kajian makmal tentang buah ni dan amat kagum dengan hasil penemuan mereka. Memang mereka panggil buah ajaib. Tu yang produk SkyFruit dah popular tu dengan kopi, air tin dan pelbagai produk lagi. Cuma org tua tua dulu ada cakap, boleh makan utk buat ubat, tapi ambillah seulas pagi dan dan seulas malam (isi dalam yg putih tu) dan KENA minum air banyak banyak. Pastu selepas sebulan kurangkan dos kepada seulas sehari sahaja. Pastu bila dah nampak penyakit dah macam normal, kurangkan pula jarak pengambilan dari setiap hari ke seminggu sekali. InsyaALLAH, buah ni banyak kebaikkannya.

  6. jit

    setuju dengan Jaat…saya baru mengamalkan ubat ni dr bulan Januari…tp saya mengambilnya dalam bentuk kapsul…tp saya disarankan utk makan sebiji pagi dan sebiji pada waktu malam…selepas, dua minggu, ambik sebiji sahaja…tp, u memang kena minum banyak air…maybe sebab tunjuk langit di boleh buat panas kat dalam…saya pun intro ubat ni pd kawan2 dan ibu saya…memang bagus ubat ni…nampak sangat dia punya effect…🙂

  7. Man

    Slm…..buah tunjuk langit ni mmg bagus….klu boleh makan yang asli mcm kat gambar atas tu….ada kawan2 cakap buah ni senang boleh di kutip di Taman Kanak2 KLCC…(kat situ byk pokok tunjuk langit) dan juga di Taman Tasik Perdana…..free aje ….tinggal kutip……saya dah mengamalkannya lebih 1 bulan…kencing manis saya terkawal….tak perlu inject insulan lagi setiap pagi dan petang kerana bacaan gula dlm darah dah turun ke paras 6, sebelum ni klu bangun pagi (puasa) bacaan gula dalam darah boleh mencapai 8, penyakit gout pun dah lama tak kena dan tekanan darah pun agak normal 120/80….apa pun nanti saya akan buat ujian darah lengkap bagi mengesan bacaan cretinine bagi mengetahui kesannya kepada ginjal dan tahap potassium dlm darah…..:-)

    • bujang3

      Terima kasih atas maklumat dan testimoni yang berguna tu… Setakat ni memang nampak kesannya pada aku… Memang bagus untuk amalan.. Tapi ada jugak yg nasihatkan supaya jangan makan terlalu banyak dan kerap…

  8. Pingback: Tunjuk Langit dalam kapsul!!! | Blog @ Bujang3
  9. salim

    Hi Brothers I am selling Buah Tunjuk Langit Import from other country, if anyone or company difficult to find Sky Fruit or buah tunjuk langit, please call me 016 9331266 Kuala Lumpur. I have a very large stock. Thanks,

  10. zuhairi

    Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30..dengan kos penghantaran rm5…cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s