EXORA : baik buruk sepanjang 6 bulan bersama !!!!

First of all, i have to say that i really enjoy driving this MPV…

The feeling is great !!!

Lagi pun… aku dah beli.. takkan nak kutuk kereta sendiri kot !!!!

Apa pun… ikhlas … memang syok tambahan untuk family yang ramai…. cuma ruang tempat letak barang yang kecil berbanding dengan kereta… Nasib baik seat belakangnya boleh di baring terus untuk mendapatkan ruang tempat barang yang lebih besar… Dan, sekiranya tidak terlalu banyak barang, seat belakang juga boleh dibaringkan separuh …

Janganla nak dibandingkan dengan MPV lain yang mahal-mahal harganya.. atau yang rata-rata cc-nya lebih dari 2.0.. sure lah ketinggalan dari banyak segi…

Sepanjang 6 bulan aku menggunakan MPV nasional yang pertama nie, tiada masalah besar yang aku alami… dan aku harap semoga ianya berterusan begitu.. cuma !!!

Pada bulan pertama,

Baru aku tersedar, soket kuasa 12V aku tak berfungsi… Itu pun aku sedari ketika aku membeli vacuum untuk kereta.. tak pasal-pasal aku bergaduh ngan salesman tu pasal nak minta refund. Akhirnya dapat jugak refund tu…

Bila aku test ngan adik aku punya cigarette lighter barulah sedar yang benda tu tak berfungsi…

Bila gi kat service center, small matter… dia punya electrical wiring jer yang tak touching.. matter resolved …

Pada bulan ke-empat pulak.

Aku dapat surat dari Proton, minta aku bawa kereta aku tu ke pusat service.. kena tukar radiator fan motor … tiada masalah pada kereta aku, tapi sebab benda tu free jer dan under warranty, tukar jer laaa….

So far.. itu jer la…

Yang bestnya pulak (bagi aku ler) …

– ruang yang luas dan selesa

– air-cond yang sejuk ( aku amik model M-Line, air-cond vent terdapat di setiap ruang tempat duduk ) – penting sebab anak-anak aku selalu bising kalau tak merasa angin sejuk dari blower..

– seat belakang yang boleh dibaring terus @ separuh mengikut kesesuaian..

– ruang dalaman yang senyap …

Yang kurang best pulak …

– kuasa pecutan yang kurang sikit tambahan bila membrek dan cuba memotong kereta di depan yang perlahan

– bunyi enjin kuat sikit dari kereta

– kuasa mendaki yang sedikit kurang ( bagi jalan yang curam ), kalau setakat bukit di lebuh raya utara selatan selepas Gopeng dari Ipoh tu tak jadi masalah kalau dalam keadaan sedang memecut kecuali la pulak ada mamat yang bersantai pulak menghalang di hadapan…

Yang lain tu… tak ada comment la buat masa nie…

Apa pun… aku harap, bagi yang tercari-cari kebaikan dan keburukan EXORA untuk dibuat survey sebelum mengambil keputusan memilikinya dapat mengambil kira apa yang aku kisahkan kat atas tu sebagai pedoman….

16 comments

  1. lampudanmentol

    Exora its a best Nasional MPV…. nak laju nak ke mane.. laju – lajupun nanti kena saman rabak poket dibuatnya… begitupun cc penting jugak jika kita traveling jauh macam kita gi Kelantan Terengganu ke kena cc besar baru power sebab jalannya berbukit dan landai… kalau setakat tanah pamah semua cc biase je cuma bab memotong dan pecutan… yang lain tak banyak beza…

    • bujang3

      InsyaAllah !!! Setakat nie ok jer…. minta minta tak der la masalah selepas nie… Apa pun kita kena yakin dengan produk kita… kita jugak yang bakal menentukan jatuh bangunnya barangan kita.. kalau nak harap orang lain…. mimpila jawabnya.. pernah tengok kereta kita kena kondem teruk kat UK, bengang gakzzz !!!

      • MR.Z

        yup..pernah tengok..rancangan top gear..tapi mereka macam bias atau berat sebelah la.. lagi2 jika nak compare dengan brand belah sana..

  2. khaitie

    alhamdulillah…aku dh setahun pkai exora H-Line FULL SPEC..tiada lg problem besar..cuma mcm byk org ckp kuasa nk memecut bila nk memotong tue kurang skit….yg lain smua tip top…ruang luas..aircond sejuk giler…ok la….terbaikk…..

  3. sara

    saya pakai exora m-line(auto)..ok la..yg penting ruas luas n selesa utk famly..minyak tu x la larat sgt..nama pun mpv..paham2 je la..apa pu exora yg terbaik..x salah pilihan saya..

  4. zam

    so far aku pakai full spec cps ok je…save jer myk..penang negori full tank xabes setengah pn…maintain spedd 110 auto cruise…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s