Gelap dunia aku !!!

Berdentum !!!!

Berdenting !!!!

Guruh dan kilat sabung menyabung !!!

Silih berganti …

Gelap !!!

Terasa, dunia di sekeliling aku, gelap gelita…

Berita yang aku terima sebentar tadi, amat memeranjatkan, walaupun sebenarnya telah aku duga… Benar-benar aku harapkan, apa yang bermain difikiran ku tidak menjadi kenyataan… Rupa-rupanya.. harapan, tidak memihak kepada aku… Kenyataan, nyata amat memeritkan… Feels like, its the end of the world, untuk aku…

Tiba-tiba, terkenang di mindaku, anak-anak, isteri (sorang jer..seperti namaku bujang3) dan keluargaku yang lain…  Bagaimana anak-anakku, isteriku jika sesuatu terjadi kepada ku ???

Memang takut untuk aku fikirkan… Namun … tak mampu pulak aku lari dari terus memikirkannya… Anak-anak masih sedang membesar… Kalau boleh.. ingin benar aku melihat anak-anakku berjaya ke menara gading… Mempunyai keluarga yang bahagia, masing-masing…

Mungkin ada yang menganggap aku over-react.. Mungkin juga !!! Kalau sebelum ini, aku cuma sekadar melahirkan simpati kepada sesiapa yang menghidap diabetes… Kini, aku sendiri mengalaminya. Baru aku faham perasaan bila kali pertama mengetahuinya…  Umpama petir yang memanah jantung ..Tak dapat nak digambarkan dengan perkataan…

Dunia jadi kelam, gelap !!! Umpama tiada harapan lagi… Ibarat hidup sampai ke penghujungnya.

Risau !!!

Risaukan masa depan anak-anak dan juga isteri.. Apa peninggalan aku untuk mereka ?? Bagaimana mereka meneruskan kehidupan sekiranya sesuatu terjadi kepada ku???

Begitulah, perasaannya !!!! Mungkin kita tak mampu mendalami perasaan mereka yang menanggungnya sehingga kita sendiri menghidapi dan mengalami apa yang mereka alami..

Dengan berita yang aku terima itu, maka bertambah lagilah senarai penyakit yang aku hidapi…Bermakna, bertambahlah juga ubat yang perlu aku makan setiap hari….

Hrmmm !!! Makan ubat tu, mungkin tak kesah sangat.. tapi yang paling berat adalah, mengawal makan… Kalau sebelum nie, aku tak peduli sangat pasal makan, sekarang aku terpaksa berpantang itu ini.. Itu yang paling berat…

Apa pun, aku terpaksa… demi anak-anak dan isteri aku.. Agar mereka tak mengalami keperitan dan kesusahan menjaga aku sekiranya keadaan bertambah buruk…

InsyaAllah !!! Doakan aku !!!

2 comments

  1. adamfaiz

    Sabor bro.. ini dugaanNya.. sama juga yang aku rasa bila kena diagnosed slipped disk dan kena operate dulu… Bila kemampuan fizikal terbatas tetapi perlu pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga,anak dll.. syukur kerana kita masa ada masa merubah keadaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s