Cuaca Panas Melampau !!!!

Tak pulak aku sedar, bila bermulanya cuaca panas yang melampau nie… Cuma, aku terperasan, dalam seminggu yang lepas, memang sukar untuk melelapkan mata di malam hari akibat kepanasan yang tak tertanggung….

Anak-anak aku pun mengeluh… tak boleh tidur…

Dulu, aku pasang air-cond.. tapi kini dah rosak…. maka, malam kami hanya menggunakan kipas angin… walau pun berangin, tetapi di sulami dengan bahang kepanasan yang menerjah keluar dari dinding-dinding yang sejak siang dipanah sinaran mentari.

Bukan tak mahu menggantikan air-cond yang rosak tu, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang yang semakin meruncing mencengkam kehidupan setiap golongan manusia yang bermastautin di bumi Malaysia nie, aku menghitung-hitung dan mencongak-congak senantiasa setiap kali memikirkan pilihan yang ada…

Memang benar… pada masa sekarang nie… kehidupan begitu menghimpit, tambahan nilai wang yang semakin mengecil, sambil kita mengharungi saat-saat yang berlalu…

Masakan tidak !!!! Harga barang, hampir setiap hari kedengaran melambungnya….walaupun kata-kata dan tanggapan itu kedengarannya begitu ““cliche”, tapi ianya tetap merupakan kenyataan yang begitu menyakitkan sejak akhir-akhir ini….

Perit….

Pedih….

Namun, semua itu realiti yang harus ditanggung oleh semua…. Cukuplah, cerita derita dan kepedihan kehidupan, berbalik kepada cuaca yang semakin mencengkam, mujurlah, semalam hujan sudah mula turun membasahi bumi, Ipoh nie… walaupun cuma untuk seketika dan sekadar rintik-rintik, amat melegakan…

Malamnya, sedikit nyaman dirasakan….

Hari ini… hujan lagi.. kali ini, sungguh lebat hampir dua jam lamanya… dan pastinya, malam ini aku boleh seenaknya melayan mimpi yang bakal mengisi tidurku….

Alhamdulillah !!!!

Ya Allah !!!  Sesungguhnya, manusia itu lemah….

Diberi sinaran panas mentari yang berterusan, kita tidak mampu menghadapinya ….

Diberi siraman hujan yang berterusan juga, pasti kita tidak mampu menghadapinya….

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.. Ya Allah !!!

Maka, aturkanlah apa yang terbaik untuk hambaMu ini, semoga kami redha menerima ujian dari Mu…

Dan jadikanlah kami insan yang bersyukur !!!!

Insya-Allah !!!!

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s