Senaman di pagi Ahad !!!!

Sejak aku sakit dada, sesak nafas baru-baru ini, ramai yang menasihatkan aku supaya lebih banyak bersenam….

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang prihatin…

Memang sangat aku hargai..

Setelah kurang rasa sesak di dada, setelah kurang rasa sendat yang mencengkam dada, tup..tup..tup !!! Di pagi Ahad nie, aku terpaksa “bersenam”…

Pagi-pagi lagi, sedang aku melayan laptop aku, tiba-tiba isteri aku, jerit memanggil..

     “Bang !!! Tayar kereta abang pancit !!!”

Alamakkk !!! Pancit la pulakkk !!!Nasib baik kat rumah… apa lagi, aku pun memulakan “senaman” di pagi Ahad ini…

Tapi… aku tak la tukar tayar, sebab aku tau kedai tayar kat depan rumah tu bukak… so…. apa yang aku buat ???

Aku jack kereta sehingga aku boleh pusing tayar (tayar terangkat melepasi lantai)..termengah-mengah aku dibuatnya.. mungkin aku kena beli hydraulic jack untuk memudahkan kerja…

Periksa apa yang menyebabkan tayar tu pancit..

Terpacak sebatang skru nampaknya….

Aku pam tayar tu guna pam basikal sehingga keras ala kadar…. buka semula jack kereta tu… terus start kereta dan menuju ke kedai tayar… tampal…. selesai…

Tapi.. apa-apa pun, bermakna aku dah bersenam untuk pagi Ahad nie !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s