Enjin Campro CPS !!!

Semenjak aku memiliki EXORA dua bulan yang lalu.. aku tertanya-tanya… apakah sebenarnya yang diwakili oleh huruf C, P dan S dihujung Campro tu !!!

Lama jugaklah sebelum aku membuat sedikit research tentang huruf-huruf tu… Dan kini, aku sudah dapat sedikit maklumat tentangnya… Mungkin boleh aku kongsikan sedikit pemahaman aku di sini… Namun, aku yakin…. ramai di luar sana yang telah lama mengetahuinya…

Sebelum tu.. elok lah aku kisahkan.. bahawa enjin Campro ni adalah enjin pertama hasil kerjasama antara Lotus dan syarikat automobil nasional, Proton. Campro adalah hasil singkatan dari Cam Profiling.

Enjin ini telah pun dipasang pada kenderaan Proton seperti Proton Gen-2, Proton Satria Neo, Proton Waja Campro dan Proton Pesona. Enjin Campro ini adalah disasarkan untuk membuktikan keupayaan Proton dalam menghasilkan enjinnya sendiri yang berupaya membekalkan kuasa yang baik dan berkesan.

Semua enjin Campro dilengkapi dengan ciri yang diberi nama drive-by wire, dengan kawalan electronic throttle control bagi menjamin tindakbalas yang lebih berkesan.

Cukuplah pasal sejarah enjin Campro ni.. berbalik pada maksud asal artikel kali ni, iaitu maksud disebalik huruf-huruf C,P dan S…

Selepas enjin Campro, dinaiktaraf pula dengan enjin Campro CPS… dengan tambahan CPS hasil dari singkatan Cam Profile Swithcing System @ Sistem Pemasaan Injap Boleh Laras yang dilengkapi dengan VIM @ variable length intake manifold @ Rongga Masukan Boleh Laras.

VIM berupaya menukarkan apa yang dipanggil long intake manifold (pada kelajuan enjin yang rendah) kepada short intake manifold (pada kelajuan enjin yang tinggi), silih berganti…

Proton menggunakan Intake Manifold @ rongga masukan udara yang lebih panjang pada kelajuan enjin (rpm) yang rendah untuk mendapatkan aliran udara yang lebih perlahan yang mana ini terbukti mengalakkan percampuran bahan kuasa (petrol) yang lebih efisien

Intake manifold @ rongga masukan udara yang lebih pendek pula, digunakan untuk mendapatkan aliran udara yang lebih pantas. Ini lebih memberikan kelebihan dan kuasa pada kelajuan enjin (rpm) yang tinggi.

CPS pula menggunakan apa yang dipanggil trilobite camshaft untuk bertukar antara dua profile cam. Dengan CPS, enjin Campro berupaya bertukar dari low valve lift kepada high valve lift silih berganti.

Profile (low valve lift), digunakan pada kelajuan enjin yang rendah hingga sederhana untuk menjamin kualiti semasa idle, mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan kadar pengeluaran gas karbon dioksida.

Profile (high valve lift), digunakan pada kelajuan enjin sederhana hingga tinggi untuk meningkatkan kuasa kuda dan tork pada paras tertinggi.

Teknologi CPS dan VIM bertindak bergandingan dan berfungsi dalam 3 fasa berbeza:-

  • Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Low valve lift digunakankan, udara masuk melalui long intake manifold @ rongga masukan panjang untuk campuran udara-bahan api lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api dan menghapuskan junaman tork pada rpm rendah.
  • Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil (low valve lift) ke (high valve lift), supaya campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, dan memberikan kuasa maksimum yang lebih tinggi.
  • Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus untuk memberikan lebih prestasi.

Pada keseluruhannya enjin Campro CPS 1.6L mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda pada 6,500 rpm dan meningkat nilai tork sehingga 150 N-m pada 4,500 rpm sehingga 5,00 rpm.

Erm !!! Begitulah lebih kurang info yang aku dapat tentang huruf C, P dan S dihujung Campro tu !!!

Diharap, perkongsian ini dapat memberi sedikit idea tentang kelebihan enjin Campro CPS pada kebanyakan enjin Proton sekarang ni….!!!

4 comments

Leave a reply to Hafiz Cancel reply