Trip Balik Kampung Di Musim Cuti Sekolah !!!!

16 March 2011

Memulakan trip balik kampung (Masjid Tanah – Melaka).. Sempena musim cuti sekolah…

Singgah bermalam dulu kat rumah kakak ipar… kat Bt Caves..

17 March 2011

Sambung trip… Jam 10.00 pagi, berangkat menuju ke selatan…

Singgah kat hentian (biasa la… menyahut panggilan alam)

Ikut highway Sg Besi….

Susur keluar kat Ayer Keroh… terus menuju ke Taman Mini Malaysia…

Orang punya lah ramai… nak parking pun tak ada tempat.. so, cabut lahhh !!! Cari tempat lain..

Gi, Taman buaya…. kat situ ada taman air sekali.. kecik jer… tak dalam pun.. sesuailah untuk bebudak… masuk RM10 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak…

Mula-mula, tengok-tengok buaya dulu…. tak lama pas tu, masuk kat taman air… bebudak seronok ler… terus terjun dalam kolam yang paras lutut tu…!!! Aku ngan wife… lepak kat pondok yang disediakan kat situ sambil melayan bekalan nasi lemak yang dibekalkan oleh kakak ipar aku…

Memang syahdu suasana kat situ… !!!

Sambil bebudak (kembar aku ngan anak kakak ipar aku) tu mandi, anak pompuan aku layan laptop, wife, rehat-rehat… aku ngan anak sulong aku pulak, pi meronda kat taman buaya… banyak buaya kat situ.. mungkin “buaya darat” pun ada… tapi tak berapa cam la pulak… hehehee !!!!

Jam 3.30 petang..

Misi menuju ke Banda Hilir… dah berbelas tahun kahwin, tak pernah lepas ke Banda Hilir @ Pekan Melaka pabila kitorang balik kampung (Masjid Tanah).. Asyik-asyik, pantai Pengkalan Balak ajer… dulu.. ada gak gi ke Tg Bidara.. tapi la nie dah tak best… pantai dah kotor..dulu ler.. sekarang tak la pulak.. dah lama tak pi sana…

Pusing punya pusing… tak berjumpa… asyik berpusing kat situ-situ ajer.. sudahnya.. patah balik ke Alor Gajah.. pi isi perut dulu… kat situ ada medan selera yang memang selalu kami kunjungi bila balik kampung…

Pas tu baru, balik ke kampung wife aku… MASJID TANAH…

18 March 2011

Pagi lagi… dalam jam 8.30  berangkat ke Banda Hilir… cuba nasib sekali lagi… mana tau.. kali ni misi berjaya… lalu Sg Udang, Kem Terendak..

teringat kat sekolah aku dulu… MRSM Terendak yang terletak kat dalam kem askar – teringin nak tengok sekolah lama aku tu.. tapi apa kan daya ..tak boleh masuk sebab dalam kem.

Akhirnya…

Berjaya tiba di Dataran Pahlawan… Jadi pelancong la kitorang…

Sembahyang Jumaat kat Masjid Selat… kat atas laut… angin kuat.. memang nyaman !!!

Sebelum balik ke Perak, aku singgah bermalam pulak kat rumah kakak ipar kat Shah Alam … malam tu  biras dan kakak ipar aku bawa kitorang ke I-City… bercahaya.. berwarna-warni..

19 March 2011

Berangkat balik ke Perak, singgah lagi sekali kat rumah ipar kat Bt Caves…

Berakhirlah trip balik kampung kitorang pada kali ni…

Bermalam kat rumah mak aku pulak kat Gopeng, Perak

20 March 2011

Hantar anak sulung aku ke asrama dia kat Kg Gajah…

Tiba kat rumah jam 6 petang…

Tamatlah perjalanan musim cuti dari 16 March 2011 hingga 20 March 2011 sejauh 1,016 KM dengan purata penggunaan minyak sebanyak 8.5 L/100KM atau RM163.00..

Jimat ??? Entah ler.. tapi pada pendapat aku.. kira berbaloi lah tu !!!!

S E K I A N…..

 

 

4 comments

  1. Mentol Bulat

    Sekarang ne dah takde masalah utnuk balik kampong dulu nak balik kampong pun kena2 fikir banyak kali sebab kereta kurang baik… betul tak???

    Apa pun syabas diucapkan kerana impian menjadi kenyataan dapat kerata idaman….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s