EXORA 1.6L M-Line (MC) Manual !!!

Sekadar hiasan....

Pertama sekali…

Syukur… Alhamdulillah !!!!

Setelah hampir 4 bulan aku membuat segala perkiraan, lengkap dengan kertas kerja sekali, akhirnya berjaya juga aku membawa pulang sebuah EXORA.

Pada mulanya aku bercadang untuk memilih UNSER second hand, namun disebabkan terdapat banyak feedback negatif dari rakan-rakan dan adik beradik, aku beralih kepada sebuah Avanza second hand… dalam harga sekitar RM40K pun tak per..asalkan bayaran bulanan mampu aku tanggung….

Seorang sahabat… memberi idea yang berlainan… EXORA baru

Hah!!! Mana mampu !!!

Dengan khidmat nasihat dan perancangan dari sahabat (memang expert dalam hal-hal perancangan kewangan), maka, terbukti bulanan yang perlu aku tanggung untuk kereta second hand dan kereta baru (EXORA) tidak jauh berbeza..

“Alang-alang bayar lebih kurang sama, baik ambik kereta baru !!!”, begitulah tegas sahabat aku tu…

Bermula saat itu.. aku sudah berani bermimpi…

Mimpi untuk membawa sebuah EXORA parking di halaman rumah aku…

Aku bermimpi sendiri.. malu pulak rasanya nak disembang-sembang ngan rakan-rakan yang lain.. manalah tahu, hajat tak kesampaian…. maluuu akuu !!!

Dalam pada aku bermimpi tu, aku telah menyiapkan perancangan dan kertas kerja untuk aku merealisasikan impian aku tu… selama lebih 4 bulan aku menyemak… mengira.. dan menyemak kembali status kewangan aku…

Alhamdulillah !!! Dengan diskaun sebanyak RM3,500 sempena raya cina dan NCB dari kereta lama sebanyak 55% (RM1,030-00), tak banyak sangatlah downpayment yang perlu aku bayar…

Maka….

Impian aku tercapai pada 1 FEB 2011 untuk parking EXORA idaman ,di halaman rumah aku …

ALHAMDULILLAH !!!

WALAUPUN CUMA SEKADAR M-LINE, AKU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH !!!

SYUKUR ATAS NIKMATNYA !!!!  

p/s : buat sahabat aku (Mentol Bulat), terima kasih atas khidmat nasihat dan sokongan sehingga aku berani bermimpi yang mana akhirnya menjadi kenyataan !!!!

19 comments

  1. Mantoi

    Good buy for medium level income family !!!!
    Yg best tuhh … seat tengah & belakang dier tuh bule kasi lipat sampai sama level … jadi sungguh senang kalu nak angkat brg2 yg agak besar …
    Air-cond blower dier sampai seat belakang pun ada …

  2. Nadri

    byk kelebihan beli kereta baru..salah satunya warranty..toksah nak pening2 kepala..M Line pun sudak ok bro..ada duit lebih blh upgrade i.e. pasang bodykit..yg penting kereta baru..aku tahun lepas bru lego avanza 1.3M dkt Mudah.my…

    • bujang3

      InsyaAllah Zik… ada rezeki nanti merasa ler.. yang penting.. buat masa nie ko study jer kaw-kaw.. dah grad dapat kerja nanti, aku konfiden ko akan dapat yang lebih baik.. Insya-Allah.. aku doakan ko berjaya !!!

  3. ardzham

    Tahniah, akhirnya keinginan tercapai juga. Seronok memang seronok, jangan sangkut bayaran bulanan bimbang nanti cukup tahun road tax dan insuran pula perlu diperbaharui.

    • bujang3

      Terima kasih atas ingatan tu.. kena beringat ler nampaknya.. dah ada satu tanggungan baru…… risau jugak tu, tapi insyaAllah, aku cuba tak miss bayar monthly instalment tu !!!!

  4. Mentol Bulat

    Terima kasih daun keladi kalau ada lagi rekemen sorang lagi boleh merasa kete baru he he he… Terima kasih jugak kerna atas perhargaan kepada saya… Ia tak lebih berkongsi pengalaman sebelumnya bukan pandai sangat tapi boleh lah nak beri pendapat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s