Samsung Plasma TV + Sony DVD Home Theatre System !!!!

Setelah sekian lama meng”usha” Plasma 42 inch” TV, akhirnya aku tak dapat lagi menahan diri dari membeli dan memilikinya.

Tapi.. walau apa pun, ianya tetap jenama SAMSUNG, tak kira walau apa orang nak kata pasal SAMSUNG, tapi hati aku dah terpikat, SAMSUNG juga jadi pilihan hati !!!!

Dah hampir dua minggu sejak aku “tangkap” SONY DVD HOME THEATRE SYSTEM, SAMSUNG 42 inch’ PLASMA TV pula menyusul menghiasi ruang tamu rumah aku.. Maka secara rasminya.. lengkap lah audio visual system yang menjadi hobi dan kegilaan aku selama ini…

Kalau sebelum ini aku lebih gemar dengan separate unit untuk sound system, tapi kali ini aku mengambil jalan mudah untuk memiliki all-in-one sound sytem.. lebih mudah dan lebih jimat…

Bayangkan saja, kalau nak “main” separate unit, Yamaha sound system, yang hanya mempunyai satu speaker dan boleh menghasilkan bunyi surround sepertimana system Dolby 5.1 DTS atau Dolby 3.2.1, berharga RM6,000-00 lebih… mau koyak rabak poket aku nie… maka cukuplah dengan SONY DVD ALL-IN-ONE SOUND SYSTEM yang kini sudah aku miliki tu…Ditambah pula dengan “ahli” terbaru dalam perhiasan ruang tamu rumah aku..SAMSUNG !!!

Walau pun, telah lama aku meng”usha” 42 inch plasma tv tu, tapi jujur aku katakan yang aku sebenarnya tak menyangka akan membuat keputusan untuk membeli dan memilikinya dalam jangka masa terdekat niee!!!.. Tapi !!! Ibarat orang yang dah jauh dilamun cinta, maka, berpisah tiada !!!

Maka,tak semena-mena, di waktu rehat makan tengahari, semalam, member aku mengajak singgah kat Samsung Sale & Service Center kat Sg Siput (tempat kerja)… sekadar untuk cuci mata jer…

Window shopping… !!! Tengok 42 inch Plasma yang dipamerkan kat situ, bertanya pada “auntie” tuan punya kedai…. Harganya RM2,499-00.. Mak aiii !!! Terkejut aku !!! Aku pun tanpa niat nak beli, sound kat untie tu..

” Mahainya !!!! Kat TESCO baru RM1,799-00 jer !!!! “

Setelah bersoal jawab ngan auntie tu, dia tanpa lengah, terus contact dia punya company… terus dia bagi harga RM1,750-00 (kalau aku ambik sendiri) atau RM1,790-00 ( kalau dia hantar…. )

Betul-betul punya offer tu… baru pagi tu, aku ternampak promosi terbaru TESCO, tv tu dah naik balik.. dah jadi RM2,299-00… Aku fikir pun tak lama sangat, tambahan pulak, member tadi tu dah taruk “api”, yang  selama nie pun dah membara.. maka akhirnya, yang membara tadi tu terus “terbakar”…

Terus jer suruh auntie tu hantar malam tu jugak… bayar deposit sikit, malamnya bila dah dapat barang, barulah settle selebihnya….so, kenalah aku RM1,790-00…tapi, warranty 2 tahun.. kalau kat TESCO cuma setahun…

Memang duit dah habis… tapi hati jadi PUASSS !!!!

kegilaan aku !!!

HA! HA! HA!!! Aku dah kata dalam entry terdahulu, entah berapa lamalah aku dapat bertahan !!!!

Akhirnya !!!

TAK TAHANNNN  !!!!!

p/s : rupanya.. kebetulan adik aku pun sambaq 42 inch plasma tv gak, sama hari ngan aku plak tu… tapi dia prefer brand PANASONIC….

p/s.s : member satu office (Mentol Bulat) pulak, lagi advance, sambaq satu set SONY audio visual system… RM7,828-00… Bravooo!!!!


14 comments

    • bujang3

      memang dasat… tengok pulak X-men-The Last Stand.. volume kasi high sikit… baru ada feel.. tapi yang best tuh… walau kat dalam rumah bunyi kuat, tapi pegi kat luar.. tak mengganggu.. (risau gak..nanti jiran marah plak!!!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s