MUSIM PERSEKOLAHAN 2011 SUDAH BERMULA !!!

03 Januari 2011

Bermulalah sudah musim persekolahan untuk tahun 2011..

Rata-rata, ibu-bapa sibuk sepanjang bulan December 2010 lagi, bagi mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak masing-masing….

Bagi yang kerja kerajaan… Alhamdulillah !!!

Dengan adanya sedikit “saguhati” dari pihak kerajaan sebanyak RM500-00, sekurang-kurangnya dapat jugak meringankan beban untuk membeli kelengkapan dan peralatan sekolah anak-anak…

Maklum ajer lah… sekarang ni… semua benda dah naik harga, belanja persekolahan jugak dah bertambah-tambah berbanding tahun terdahulu…. bagi yang anak ramai, bertambah-tambahlah belanja yang diperuntukkan…

Bagi yang kerja swasta… mungkin ada menerima bonus di penghujung tahun… Alhamdulillah !!!

Aku ???

4 orang anak semuanya… semua sudah bersekolah, seorang di asrama… hrmmm!!! banyak jugak belanjanya… barang kelengkapan untuk 4 orang, yuran sekolah kebangsaan, yuran sekolah Agama Rakyat dan yuran asrama bagi anak yang sulung melebihi angka RM2,000-00… Mak aiii !!! Pening gak aku.. itu baru seorang jer yang bersekolah asrama, kalau 2… 3…. 4… !!!! mau bengkok aku !!!

Tapi, tak mengapalah… dah begitu tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa… menyediakan dan mempersiapkan anak-anak dengan pelajaran demi masa depan mereka…. yer takkk !!!!

Apa pun… Alhamdulillah !!! Kalau tak ada bonus , entah cam na ler pulak !!!! Itu pun pihak majikan yang tak bertimbang-rasa masih mencuba-cuba untuk menarik balik pemberian bonus yang biasa diberikan setiap tahun itu… Itu lah bajet untuk road-tax dan persiapan persekolahan anak-anak… kalau dah tak ada… entahler.. tak dapat nak dibayangkan dalam keadaan ekonomi yang merosot sekarang ni !!!

Itu cerita bab persediaan sebelum bermula persekolahan…

Bagi anak-anak yang dah biasa bersekolah tadika, mungkin tak menghadapi masalah di hari pertama…. Di hari pertama nie jugak, ramai lah ibu-bapa yang turut “bersekolah”, menunggu diluar bilik darjah anak masing-masing.. risau anak tak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru..terpaksalah bercuti demi anak-anak…

Bagi aku.. tak ada hal… anak yang kecil pun dah masuk darjah dua, emaknya lah yang menguruskan pembayaran yuran persekolahan.. pagi dan petang….

Apa punnn… Bagi adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan….

SELAMAT BERSEKOLAH DAN SELAMAT MAJU JAYA !!!!

Bagi anda, sebagai ibu-bapa pula, bagaimana persediaan persekolahan tahun ini ???

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s