Sardin dalam tin dan rahsianya !!!

Sardin ???

Tau apa rahsianya ???

Tak tau ??? Tau ???

Apa pun… aku sebenarnya suka sardin dalam tin nie… masak sambal… pergh !!! menjilat jari… tak kiralah, kalau ada yang berpendapat yang sardin nie bukan makanan untuk golongan high class… aku tetap suka !!!

Macam mana ngan korang ???

Ada yang suka sardin dalam tin ???

Tapi, sardin dalam tin nie ada rahsianya ….

Suatu hari, ditempat kerja aku…. tersebar e-mail… tentang rahsia sardin dalam tin nie !!! Terpulang kalau nak percaya atau tidak… Kononnya… sardin dalam tin nie tak elok untuk badan kita… penerangan dari e-mail tu memang cukup panjang… berserta ngan hujah-hujahnya sekali bagi mengiyakan kesahihan maklumat yang diberi….

Katanya… kalau kita perhatikan, tulang sardin dalam tin nie dah rapuh, lembut… boleh dikunyah dan dimakan sekali ngan isi-isinya… maknanya .. pasti ada sejenis kimia yang digunakan untuk mengawet sardin tadi supaya tahan lama… dan tentunya bahan kimia inilah yang tak baik untuk badan kita…

Di dalam e-mail tu jugak, disuruh kita buat perbandingan… disuruh kita buat ujikaji sendiri… disuruh kita rebuskan ikan dan tulang-tulangnya sehingga 3 hari tiga malam, malah digalakkan kita menggunakan pressure cooker sekiranya ada… dan keputusannya… tulang-tulang ikan tadi pastinya takkan jadi lembut, rapuh atau hancur sebagaimana tulang sardin dalam tin yang selama ini menjadi kegemaran segelintir manusia, termasuk aku !!!

Dikatakan, itulah buktinya.. dan diberikan contoh-contoh manusia yang rapat ngan penulis yang gemar makan sardin dalam tin, yang akhirnya mengalami masalah fibroid dan terpaksa dibedah.. dan yang ditekankan dalam e-mail tu…. kesannya lebih kepada golongan wanita (setakat nie laaa…).

Amacam ??? Percaya ??? Terpulang !!! Itu ikut lu orang punya penilaian ler…. mungkin ada kebenarannya !!! Bagi penggemar sardin dalam tin… kurang-kurangkan ler, kalau tak mampu nak hentikan terus… lagi pun.. Islam pun menggalakkan kesederhanaan… jangan melampau dalam amalan pemakanan… malah dalam apa saja perbuatan kita… InsyaAllah !!!

WALLAH-HU-ALAM!!!

13 comments

  1. zik

    takutnya.. sardin nie dah jarang jugakla makan… tapi memang makan gak… kadang2..kalau dah dihidang… huhu… katanya ada pengawet yang macam ala2 asid (main teka jer,hehe) …tak pasti apa namanya..

    • bujang3

      entah ler.. percaya atau tidak, terpulang ler pada tanggapan masing-masing, apa pun, aku terus gak makan, cuma tak lah terlalu kerap…

      tembakau ??? itu dah tentu bahayanya.. tapi orang buat tak peduli gak!!!

    • bujang3

      dah benda tu sedap… nak buat cam ner .. yer tak??? makan jer la, tapi kalau nak diikutkan, hampir semua benda tak boleh makan la jawabnya… ada ajer kisah yang tak eloknya.. apa pun… tepuk dada, tanya selera …

  2. sangilapi

    kalau nak dikira ada bahan asing dalam makanan memang kebanyakan makanan tidak sesuai dimakan walaupun menyelerakan🙂

    memang tidak dinafikan,kebelakangan ini timbul bermacam-macam penyakit yang tidak pernah wujud sebelum ini dan salah satu sebabnya berpunca dari makanan🙂

    kalau mampu/sanggup bertukarlah kepada makanan organik.

  3. bujang3

    memang betul gak kata ko tu… banyak barang makan yang tak sesuai, macam macam penyakit pun timbul…

    setakat nie aku makan jugak sardin nie…tapi aku try kurangkan ler… takut gakzzz…!!!

  4. RinaRune

    Dengarnye la kan, ada binatang dlm sardin tu.Binatangnya berkaki 2, badan brwarna hijou,sgt menggelikan.

    Klau fikir katak, tekaannyaamatlah tepat serta betul. Huh, nasib srdin cap ayam jarang yang tramat dimakan. Selama ni sardin adabi je,haha.

  5. OPMM

    Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

    sy x setuju dgn statement ni. sbb sy dah pergi kursus pembuatan sardin kat Kolej Komunuty. xperlu masukkan apa2 bahan kimia. guna pressure cooker dah boleh lembut tulang tu. 1 jam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s