Dah berjaya format komputer !!!

Salam…

Dah semakin sepi blog aku nie….

Sebenarnya .. aku dah makin penat nak layan blog… 24 jam sehari dah macam tak cukup buat aku….

Apa pun.. layan ajer la….

Suatu hari….

Desktop aku tetiba ajer tak boleh boot…

Message yang kuar ;

” Windows can not start because the following file is missing or corrupt.

\Windows\System32\Config\System

bla bla bla…”

Masa tu… panik … apa hal pulak…

E-mail kat Sufian . Dia bagi tips dan idea… aku dah nekad… nak try repair sendiri… rosak pun rosak la… kalau dah rosak..tak boleh pakai lagi.. buang ajer… fikir aku.. bukan apa ..dah frust ler tu.. asyik rosak ajer…

Beli CD-Rom Window Installer (XP service pack3)… Mula nak try repair dengan option ‘r’ … tapi sampai satu part… screen tanya

Which Window you want to configure._

Pening-pening lalat sebab aku tak punya pengetahuan dalam bab-bab bahasa komputer nie… aku yang dah ready nak buang komputer nie, nekad.. format dan install new XP …

Entah cam ner… berjaya la pulak aku yang tak ada basic langsung nie… Dah menyala..program running cantik… install semula Kaspersky antivirus aku… rupa-rupanya bisu la pulak…

Check punya check .. device not found… bosan.. dah pening.. aku shutdown…

Dua – tiga hari tak mengadap desktop… malas nak tengok.. malas nak layan komputer bisu…

Akhirnya.. aku download Realtek HD Audio Driver dari internet.. restart… pas tu… jeng..jeng..jeng !!! Komputer aku dah boleh ber’suara’.. dah tak ‘bisu’ lagiiiii !!!!

Berjaya jugak aku…

Betullah kata orang tua-tua… berusaha tangga kejayaan… hendak seribu daya.. yang tak nak tu seribu dalih…

26 comments

  1. ardzham

    tahniah dah boleh format sendiri, mesti rasa seronok dan teruja. bisu tu maknanaya sound driver takde. biasa lepas format keluarkan my computer kat desktop dan right click > properties > device manager. check mana 1 device yang ada masalah biasanya ada tanda warna kuning.

    hari ni kalau suruh format lagi agak2 ingat tak step by step? eloklah buat catatan sebab bukan selalu kita buat kerja memformat ni. bila nak buat dah lupa step….

    • bujang3

      betul tu.. memang rasa seronok dan teruja.. maklum ler..first time format komputer sendiri… hari tu aku format kat kedai kena RM75-00.. tak pasal-pasal bayar kat cina kedai tu.. pada hal boleh buat sendiri….

      Sebenarnya..banyak yang aku kena belajar.. tapi jadi ler tu.. dah boleh format pun dah kira pencapaian aku yang terbaik (dlm bab nie)…

      Aku rasa.. kalau nak suruh format sekali lagi.. confirm aku tak ingat step dia… kahkahkahhh !!! aku nie mudah lupa !!!!

    • bujang3

      betul tu Zik… bagi korang yang tahu dan pandai bab-bab komputer nie, memang ler kata senang.. bagi aku yang memang blank nie.. puhhh!!! dah kira satu task yang impossible nie… nasib baik berjaya… legaaa !!!!

  2. madlut

    hehe…aku selalu tolong dak pompuan format laptop kat u nie. pastu dorang kasi la upah 15 ringgit, even aku tak mintak..haha, kata dorang, murah lg kalau nak banding hantar kat kedai

  3. Ayieblog

    Assalamualaikum,samalah dengan ayieblog dulu blurr tak tahu apa-apa pasal komputer,tapi sekarang insyallah kalau kawan or pelanggan bagi dekstop or laptp blh troublshoot😛.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s