Duit tak pernah cukup !!!

Dulu… suatu ketika.. mula-mula kerja…

Masa tu bujang ler… tapi itu bukan soalnyer.. tapi memang duit tak pernah cukup… Sapa yang setuju ???

Masa tu… gaji baru RM460-00 sebulan…. gaji di pecah dua..bermakna sebulan dua kali ler…

Setengah bulan pertama dapat ler RM230-00,… adat orang bujang…. dapat gaji..merayau sakan ler… enjoy !!! Walau pun hanya berbekalkan RM230-00..

Punah.. Ranap…!!! memang tak berbaki… lagi dua tiga hari sebelum gaji kedua di penghujung bulan, duit dah habis… untuk dua tiga hari tu.. siap berhutang pulak..ngan member yang dah tinggi gajinyer ler.. bukan ngan Along atau ceti.. takuutttt !!! Tak pasal-pasal pulak kena pukul nanti..

Dapat gaji kedua dihujung bulan…. ada ler Rm160-00..lebih kurang ler..setelah ditolak Socso ngan EPF..

Tak cukup…??? Memang sah ler…

Masa tu…dok terfikir.. kalau ler gaji aku RM1,000-00 tentu cukup….

Tup-tup, kerja dah lama sikit… gaji pun dah cecah RM1,000-00….. dah kahwin.. masa tu anak sorang… pun tak cukup gak !!!

Mungkin sebab dah kahwin kot, lagi pun dah ada anak.. sebab tu RM1,000-00 tak cukup….

Dok fikir.. kalau aku gaji cam depa …sekitar RM2,000-00… mungkin cukup !!!Andaian lagi….

Masa tu dah tambah sorang anak lagi… Masih tak cukup ???

Harga barang dah mahal la… antara keluhan yang kedengaran.. Laaa !!! Patutla tak cukup !!!

Habih tu… berapa yang cukup !!! aku rasa,  memang benar orang kata…

Duit memang tak pernah cukupppp !!!!

Setuju ???

24 comments

  1. ardzham

    kalau difikirkan duit banyak mana pun memang tak akan cukup!
    dulu mula kerja pakai kapcai,
    naik gaji pakai rxz
    dah kawen pakai kancil
    naik gaji lagi pakai wira
    itu baru sebahagian dari perubahan kehidupan…

    hakikatnya “besar periuk maka besarlah keraknya”
    kalau kau jadi kaya, takkan kau nak pakai perdana jer, mungkin merc atau bmw.

    aku pun dah rasa dari gaji sehari 3 ringgit masa tahun 1981 sampai gaji 96 ringgit tahun 2010, selalu jer tak cukup. tapi sebenarnya ada cara mengatasinya….

    • bujang3

      tu lah dia kebenarannya… berapa banyak pun tak cukup.. malah orang yang dah kaya pun rasa tak cukup, pasal tu asyik memikirkan cam ner nak tambah kekayaan…

        • bujang3

          tu yang aku tak suka tu… elok yang buat zalim tu pun di bakar hidup-hidup.. biar dia rasa azab disiksa begitu rupa… aku memang marah betul dalam kes yang terjadi tu….

  2. dnoBiz

    tetiba aku teringat kat kawan aku masa kat johor dulu, tapi sekarang dah berhenti kerja (sekarang dia tanam serai)
    dia cakap : rezeki tak semestinya banyak tapi yang penting berkat…,

    Ps : tapi bukan semua yang tak cukup duit tu rezeki tak berkat tapi mungkin ianya dugaan dari Allah yang mahu menguji tahap keimanan dan kesabaran kita

  3. sangilapi

    rm460 tu sekitar tahun bila,bujang ?

    kerja sekarang ni,majikan yang sama ke ketika ko mula-mula bekerja ?

    kalau dah pratikkan segala cadangan dari pakar-pakar kewangan dan masih tak cukup jugak,aku cadangkan ko bertukar mempratikkan kaedah petua orang dulu-dulu🙂

    • bujang3

      kalau rm2,500 dengan status bujang…aku rasa lebih dari cukup… lain la kalau selera besar… tapi kalau yer cam tu (gaji rm2500) aku cadangkan simpan lebih sikit sementara masih bujang….. dah kahwin nanti takut tak cukup plakk…

      satu hal lagi… nak kahwin sekarang nie, perlu duit banyak… kalau penuh kereta lembu lagi baik….

  4. suri cahaya cinta

    byk mana mmg tak cukup sebab keinginan manusia tu asal ada jer duit mesti dah nak rancang nak beli itu ini hee..

    tapi klu nak d bandingkan dgn status blum kwin mmg jauh beza bro.apapun itulah kemanisan dalam berumahtangga..hidup berkongsi tolak ansur itulah penting..

    kata org sama-sama susah sama2 senag barulah indah sebuah rumahtangga tu

    • bujang3

      wahhhh !!!! Panjang lebar penerangan Cik Suri kita nie pasal hidup berumah tangga yerr !!! Nie memang bab kepakaran Cik Suri… Tapi.. ada betulnyer kata-kata Suri tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s