Cukupkah pendapatan RM2,500 sebulan ????

Nilai duit makin kecil ???

Harga barang melambung tinggi ???

Betapa susahnya nak hidup dalam zaman sekarang nie !!!

Senang cerita , macam nie lah…. Mari kita bayangkan, kehidupan seorang lelaki yang menyara keluarga yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan… dengan pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan….. walau pun kita tahu… sebenarnya masih ramai lagi di luar sana yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM2,500 sebulan !!!

Mari kita lihat… contoh perbelanjaan bulanan yang dirasakan munasabah untuk sesebuah keluarga  seperti yang dinyatakan di atas…

RM2,608.00 ????

Gaji kasar, RM2,500.00 ajer !!! Belum tolak EPF, SOCSO lagii !!! Belum masuk kira belanja luar jangka lagi … contohnyer.. kereta rosak ker… cam ner pulak tu ????

Nampaknyer keluarga nie terpaksalah melupakan McDonald, KFC atau sekali sekala makan luar di kedai mamak ker atau apa saja yang seangkatan dengannyer !!!! Nak bawak anak-anak sekali sekala pergi menonton wayang di panggung, jangan mimpi lah.. semua nak kena keluar belanja lagi… !!!

Jadi… macam mana nak hidupppp ???? Bukan nak mewah… nak dapat hidup selesa sikit pun susah…. Itu bagi yang berpendapatan RM2,500.00… kalau yang berpendapatan di bawah RM2,500.00 cam ner pulak ???

Kalau lah dikatakan boros !!!!

Rasa-rasa nyer, bahagian maner yang harus dan patut dipotong ????

Belanja pasar ???

Kalau kurang dari RM25 sehari…. boleh ker ??? Logik ker pada zaman sekarang nie ??? Dengan keadaan harga barang yang melambung tinggi macam layang-layang yang tinggi di awan tu !!!!

Tu yang buat aku termenung sekarang nie …. memikirkan, berapa agaknyer belanja seisi rumah yang boleh dikatakan ideal !!!! Yang sesuai !!! Tambahan pula, aku sekarang nie dalam proses merancang sesuatu !!!

Bagaimana yer ???

Boleh lepas ker ???

Pening-pening !!!!! 

28 comments

  1. suri

    hohoho.. bab wet mmg pening bro bujang..klu dulu utk sndri dah blh lepas..nak bg mak ayah wet kat kg, pinjaman, tapi skrg tidak lagi..rasanya mmg sllu lebih kat si kecik jer…utk dia jer dah 600

    suri sllu bawak bekal..pagi tgari menu lain2..tpksa bt bgtu sb nak budget klo ikut pala nak enjoy mmg tak blh sng duduk..

    masih mncri keje part time…baik ada blog blh saport sikit.Alhamdulillah🙂

    • bujang3

      fuh !! bagus tu.. blog Suri dah boleh menampung serba sedikit perbelanjaan harian dan bulanan !!!

      Tapi… memang nilai duit kite nie dah makin kecik… dulu RM50.00 macm-mcam boleh beli… sekarang ????

      Kena berjimat selalu ler jawabnyer… tapi kalau dah budget tight cam tu, tak tau nak adjust kat maner lagi !!!!

      Pening…pening!!!!

  2. sangilapi

    memerlukan pengorbanan dalam mengatur perbelanjaan🙂

    -berbelanja biar di pasar borong[harga amat berpatutan]/bercucuk tanam untuk sayuran pun bagus jugak🙂

    -segala bil kena buat penjimatan[astro kasi potong,api dan air kena jimat]

    -kereta dan minyak[pergi kerja naik motor]

    -suruh anak bawak bekal ke sekolah[alah,makanan kat kantin tu bukanlah bersih atau sedap sangat]/si bapak kena tunjuk contoh dengan membawa bekal ke tempat kerja🙂

    -hal sekolah berkaitan beli buku-buku tu[beli sendiri sebab harga boleh dikurangkan sebanyak 10% hingga 20 % – tapi mesti baik dengan toke kedai :)]

    -tuisyen tu tak payah[sekarang ibubapa ramai yang berpelajaran tinggi – ajar sendiri anak]

    -bayar bulanan rumah[nasib baik dah beli rumah sebab menyewa ni merugikan-tukar skim bayaran pinjaman]

    -yang last tu sudah disebutkan di atas[bawak bekal ke pejabat]

    tambahan lain,jangan tambah bilangan anak,study metafizik[memudahkan kehidupan]

    galakkan isteri mencari pendapatan sampingan dari rumah[jaga anak orang ke :)]

    *senang cakap,nak merasa senang jangan takut tempoh sedikit kesusahan :)*

    sorrylah membebel panjang dalam kotak komen ni………..kahkahkah

    • samdaddycool

      aku setuju bader joe punya idea @ buah pikiran… kalau taK, sampai bila nak merungut tak cukup. Kita yang kena bendung inflasi.. bukannya mendorong inflasi yang menyebabkan nilai matawang mengecil

    • dnoBiz

      aku pun memang setuju denga apa yang bro cakap,
      dengan keadaan sekarang work smart dah tak memadai, dah kena work hard and smart, cuba cari peluang berniaga sebagai tambahan

    • bujang3

      wahhhh !!! panjang lebar komen kali nie… sebenarnya aku hargai setiap komen..tak kiralah panjang ke pendek dan yang penting ikhlas.. dan aku tau ..ko memang ikhlas…

      Terima kasih kerana komen dan tips yang ko berikan itu… dan aku tau idea dan tips yang diberikan memang bernas .. aku tak raguinye tambahan dengan nasihat yang amat berguna tu…. lagi pun .. dari apa yang aku baca kat blog koa… kau memang banyak pengalaman…

      Tentunya orang yang berpengalaman dapat memberikan nasihat yang terbaek dan penuh pengajaran….

  3. zik

    banyak bill kena potong nih.. bill astro. bill tenet tak boleh2x…bill gate.. hehe sory2… fuh memang agak tertekan… sekarang nie… kena berjimat..

    • bujang3

      bill astro…sanggup lagi aku nak potong… tapi bila sebut pasal bil internet… entah ler… rasa sunyi pulak kalau tak ada internet connection nie…

  4. ardzham

    memikirkan pendapatan dan perbelanjaan memang pening, jimat berjimat sambil menambah pendapatan dengan berbagai cara dah pun dibuat, apa yang sangilapi kata tu sebahagiannya boleh ikut dan sebahagiannya tak boleh. kena tengok keadaan hidup kita jugak.

    rm2,500 sebulan kalau dok kat kampung tak menyewa atau bayar bulanan rumah mungkin cukup. nak bercucuk tanam pun boleh kat kampung, tapi saya dok rumah pangsa, nak tanam sayur kat mana? hydrophonic? mana nak letak beb!

    astro memang saya tak ada, tapi streamyx tu wajib, tak boleh potong! hp pun pakai prepaid, abis kredit dok diam-diam. betul tak sam?

    • sangilapi

      bukan apa bang,saya tengok suri rumah ni kalau dengan pokok bunga macam tak boleh nak dipisahkan walau duduk mana pun jadi sambil-sambil tanam pokok bunga dalam pasu apa kata semi benih cili dalam pasu dapat lima pokok pun dah ok🙂

      tanam serai,kunyit,pokok kari – pendek kata pokok yang sesuai ditanam dalam pasu🙂

    • bujang3

      memang ler… kalau duduk kat kampung ..mungkin cukup.. tapi kalau dah duduk kat bandar besar macam kat KL ker, Penang ker atau pun Johor Bahru, pening jugak dibuatnyer… semua nak kena bayar… nak terkencing pun kena bayor jugak… mana nak dapat benda2 free lagi dahhhh!!!

      Kalau kat kampung, sekurang-kurangnyer setakat sayur dan cili api dah tak gadoh2 nak gi pasar, dapat petik sendiri lagiiii!!!!

    • bujang3

      orang zaman sekarang nie boleh ker menetap kat kampung lagi…??? bukan merendahkan kampung…tapi kenyataannyer, cuba tengok anak2 muda sekarang nie…. semua dah berhijrah ke pusat bandar…

  5. Shahiran

    Duit penting tapi janganlah mengejar duit letak duit sebagai nilai diri. Kerja rajin-rajin mesti secara tak langsung dapat naik pangkat/ dapat hasil lebih. Lagi satu, jangan fikir pasal gaji ideal sebab gaji yang nampak ideal hari ni mungkin jadi cukup-cukup makan/ tak cukup lepas 5-10 tahun dari sekarang. Apa yang penting, pastikan ekonomi terus meningkat dari semasa ke semasa. Jangan berhenti, sebab tak kira bagus mana pun kita, kalau kita berhenti improve, lama-kelamaan akan jadi outdated gak.

  6. botak

    potong bahagian tuisyen anak kot..dgn potong astro..
    eh..list kat atas tu x masuk dgn duit rokok lagi tu..
    rokok naik harga ni skrg..bahaya!

  7. salina

    Boleh potong bahagian pasar jadi rm500. So adelah rm275. Suami terpaksa bawa bekal ke ofis. Anak pun kena bawa bekal. Kira rm2 sorang tu dikira sebagai duit poket anak untuk beli barang yang diaorang suka dan sebagai simpanan. Tuisyen pula rm50 untuk dua orang memang tak cukup. Samada takyahtuisyen atau cari guru yang bagi free tuisyen…….blog walking🙂

    • bujang3

      Bolehker nak potong bahagian pasar tu ??? Brang dah bertambah mahal sekarang nie.. daging ais sekilo pun dah RM16.00, ikan kembung RM12.00 sekilo… Peninggggg !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s