Bila isteri nak ambil lesen kereta !!!!

Betul nie….???

Yakin ker ???

Boleh ker nie ???

Cam tak cayer jer !!!!

Okaylah !!! Esok start !!!!

Maka, dengan penuh semangatnyer, isteri aku mendaftar dan  memulakan kelas memandu….

Tapi hari ini, perlu hadiri ujian buta warna dulu.. lepas tu kena pulak mengikuti ceramah undang-undang selama 5 jam bagi memulakan sesi pembelajaran yang aku dengar member bagitau mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan sebelum dapat memegang lesen memandu…

Awal  pagi tadi, kira-kira jam 7.00 pagi, aku hantar isteri ke Institut Memandu Memandu Adilkap berdekatan rumah aku… aku pulak yang bersemangat lebih-lebih …

Di saat aku menulis entri kali ini.. isteri aku masih dalam dewan mendengar ceramah wajib tu… aku kat rumah ngan anak-anak, sambil menunggu panggilan dari isteri untuk menjemputnya pulang…. Pagi tadi, isteri dah lulus ujian pertama, ujian buta warna.. yer la.. kena pas ujian nie dulu.. kalau tak, nanti traffic light merah dikatakan hijau pulak…kan naya !!!!

Nak ambil lesen kereta sekarang nie dah mahal.. nasib baik aku ada member rekomen satu driving school nie… murah sikit.. kena la RM590 sampai test JPJ.. kalau gagal.. kena tambah lagi RM150, begitulah seterusnya.. Didoakan isteri aku lulus lah hendaknya… Save budget !!! Heheeheee !!!

Apa pun.. korang dah ada lesen memandu ker..???

Bagi yang belum… apa kat joint isteri aku, ambil lesen memandunya !!!!

Ok ! Chow dulu !!!!

17 comments

  1. kulanz

    memang mahal nak ambik lesen memandu sekarang ni..
    awal tahun tu isteri aku ambik lesen.. kos lebih 1K.. padahal zaman aku dulu baru sekitar RM600

    • bujang3

      ujian komputer yang suspen tu… saya dah try kat rumah.. malu nak mengaku… tapi memang saya pun tak lulus kalau tak study balik… bab papan tanda tu okey lah lagi.. bab undang-undang tu yang kena study.. maklum ler… dia tanya pasal sistem dimerit lah, apa nama sistem dimerit tu la.. sapa yang nak ambik tau hal tu… ye tak ????

      p/s : saya try dua kali… pertama dapat 39/50 kedua 40/50.. dua-dua TAK LULUS.. markah lulus 42/50… alamak sikit lagi la…

  2. ardzham

    isteri saya dah lebih dua tahun memegang lesen b2 & d, tapi saya macam ngeri duduk sebelah bila dia memandu. satu lagi dia cuma ada tempat tertentu saja dia boleh pergi dengan memandu sendiri, pertama sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama tempat anak belajar dan kedua rumah mak dia.

    nak hantar anak ke klinik pun nak minta saya cuti…

    • bujang3

      aku pun takut tak confident nak bagi isteri bawak kereta walaupun dah dapat lesen nanti… suspen rasanyer duduk sebelah nie… maklum ler…pompuan yang bawak (hehehe !!! jangan marah yer orang pompuan!!)

  3. madlut

    kena bersabar masa nak ambik lesen kereta nie, haha…nanti kena cukupkan jam latihan driving dalam litar, kat jalanraya pulak…aku dulu malas sgt nak pegi sekolah memandu hari2..haha

    • bujang3

      bab latihan amali tu aku tak risau sangat… biasa la practice make perfect !!! tapi bab ujian berkomputer tu yang risau sikit.. maklum ler macam nak amik SPM balik rasanyer !!!!

    • bujang3

      yer ker bro !!!! cam tak cayer jer… apa pun… memnag betul kata ko tu…naik basikal memang tak payah lesen memandu !!! Haaaa haaa haaa !!! buat lawak betul la bro nie !!!

  4. dnoBiz

    makin mahal mungkin sebab tambahan latihan yang bertujuan untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah, tetapi keberkesananya agak mengecewakan

  5. maz

    salam…mahal gk erk nk amek lesen…sy pn nk amek lesen gk,tp cuak la…tkt xlulus je,xpnh bw kete sblm nie..hsband pn xnk aja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s