Andai hidup diselubungi misteri !!!!

Amacam ???

Seram tak tajuk kali nie ????

Sebenarnya, entri kali ini ada sedikit kena mengena dengan  kisah charger laptop yang buat hal sebelum nie…

Sebelum aku memulakan kisahnya, aku nak bertanya.. pernah tak korang kehilangan sesuatu yang korang begitu pasti letak dan kedudukan barang tu ???

Ha.. nie yang misterinya….

Dalam kisah aku yang lepas..berkenaan charger laptop tu… ada aku nyatakan bahawa aku mengesyaki fuse yang terletak kat kepala plug tu mungkin dah putus….

Jadi.. untuk mengesahkan syak wasangka aku tu..maka di pagi hari tadi aku ambil fusenya lalu aku tutupkan kembali penutup fuse di kepala plug tu…. dan aku letakkan charger tu kat rak di dalam bilik….

Fusenya aku bawa ke tempat kerja… plan aku, nak pergi kedai elektrik berdekatan tempat kerja aku, untuk meminta tolong ngan tauke kedai tu, menge”check” fuse yang aku bawa, samada dah putus atau masih elok….

Dengan bantuan tauke kedai tu, maka sahlah yang fuse itu tiada masalah… malah masih berfungsi dengan baik….Jadi.. pastilah aku, bahawa charger tu la yang sebenarnya telah rosak… nasib baik masih dalam warranty… call kedai tempat aku beli laptop tu…. depa suruh bawak charger tu balik ke kedai untuk dihantar untuk checking… mungkin untuk 1 @ 2 minggu sebelum ditukarkan dengan yang baru….

Balik tu …aku nak masukkan lah kembali fuse tu ke tempat asalnya… terkejut aku …kerana penutup fuse tu dah tak ada… tanya anak dan isteri…seperti biasa…tiada yang tahu… tapi sahih aku ingat… penutup fuse tu dah aku letakkan balik di kepala plugnya sebelum aku pergi kerja pagi tadi…

Sehingga ke saat aku menulis entri nie…aku masih kebingungan… memikirkan misteri yang menyelubungi kejadian ini….

Mana pergi penutup fuse tu ????

Sapa yang ambil, kalau anak isteri aku memang tak mengambil atau mengusiknya ????

Pernah tak terjadi kat korang ???

Pernah tak hidup korang dilanda misteriiiii !!!!!! 

9 comments

  1. ardzham

    ini petua dari orang tua, kalau kita cari barang tak jumpa, kita kena cakap “kau nak pinjam aku punya barang ye, nanti dah siap guna letak balik kat sini tau” lepas tu kita abaikan dan jangan cari lagi.

    bila ada kelapangan kemudiannya masa nak mencari bacakan ayar 3 qul. insyaallah barang yang kita cari akan kita jumpa ditempat yang dah jenuh kita cari sebelum ni. makin kita gelabah dan marah-marah makin tak jumpalah jawabnya…

    makhluk halus memang ada di mana-mana. tapi kita adalah makhluk yang jauh istimewa dari mereka!!!

    • bujang3

      mak aiii ! bila ko cakap cam tu.. seram sejuk pulak aku rasa… tapi ..biasanyer, orang tue-tue nie tahu apa yang depa cakapkan..
      Bagus petua nie… boleh digunakan lain kali…Terima kasihhh!!!!

  2. Ali ridha

    rasa cam pernah berlaku.tapi lain sikit.
    mak aku ada tutup air paip bilik mandi.
    tetiba mak aku kata sapa yg buka ni.
    aku jawab balik.mana sapa yg buka.
    ~misteri~………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s